Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 2, 2023 @ 11:34am

Kongsi Momen Pertemuan Dengan Wan Azizah, Acha Septriasa Terharu Dapat Hadiah Tasbih & Dibekalkan Makanan

Pelakon popular Indonesia, Acha Septriasa berkongsi saat pertama kali bertemu dengan isteri Perdana Menteri ke-10 Malaysia, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum penggambaran ‘Anwar: The Untold Story’ bermula.

Memegang watak sebagai Azizah dalam filem tersebut, Acha berasa kagum dengan figura yang dianggap sangat kuat dan penuh dengan sifat keibuan.

Menurut Acha, pertemuan mereka di sebuah hotel terkemuka Kuala Lumpur dimeriahkan dengan buah tangan seperti tasbih pemberian Azizah.

“Sifat keibuannya itu membuatkan saya terharu. Ketika pertama kali bertemu, saya dan Farid Kamil diajak untuk makan di hotel tetapi dibawa bekal hasil air tangan Azizah.

“Saya juga diberikan tasbih gelang untuk terus mengingati Allah. Sifat keibuan Azizah membuatkan saya amat terkesan,” ujarnnya.

Acha berkata demikian ketika ditemui secara virtual pada sidang media filem Anwar: The Untold Story berlangsung di ibu kota, pada Rabu.

Tambah Acha yang juga merupakan seorang penyanyi itu, pertemuan bersama Azizah membuatkan dirinya lebih senang untuk menjiwai watak terbabit dalam filem tersebut.

“Azizah adalah seorang tokoh Malaysia yang sangat bersemangat dan penuh karakter keibuan. Figura kepimpinan yang boleh menggantikan suaminya dalam keadaan sulit dalam parti politik, menjadi ayah dan dia seorang wanita tabah.

“Pencapaian Azizah dalam bidang akademik sangat dahsyat, dia merupakan seorang doktor yang mempunyai cinta luar biasa terhadap keluarga.

“Azizah juga sosok yang amat damai. Beliau amat percaya dengan takdir dan keluarganya,” tambahnya lagi.

Selain Acha, filem Anwar: The Untold Story hasil arahan pengarah terkemuka Indonesia, Viva Westi turut dibintangi oleh Farid Kamil, Hasnul Rahmat, Firdaus Karim, Dewi Irawan dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 27 Sep 2025

“Alhamdulillah Saya Jalani Semua dengan Tenang, Terima Kasih Sentiasa Doakan Saya & Fatima” – Fazura

Faz terharu dan menyifatkan sambutan hari lahirnya adalah yang paling bermakna selepas pemergian bapa tercinta.

Featured Thu, 24 Aug 2023

‘Backup’ Suami Isu Poligami, Isteri Pertama Abang Tesla Tampil Beri Respons Padu

Kita doakan je lah yang baik-baik eh😔 Benda dah jadi, nak bising pun tak berguna!

Featured Tue, 23 Aug 2022
Trending Thu, 3 Jan 2019

日本最诡异的废弃公园!藏着800多座人形雕像

当一座雕像在你面前伫立时,你会用什么样的角度或眼神来欣赏它呢?而一个布满雕像的花园,你又会有何心情?

Featured Wed, 18 Jan 2023
error: Content is protected !!