Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 24, 2023 @ 1:30pm

‘Backup’ Suami Isu Poligami, Isteri Pertama Abang Tesla Tampil Beri Respons Padu

Sejak kebelakangan ini, nama Abang Tesla sering menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan masyarakat yang rata-ratanya kurang senang dengan tindakannya memuat naik momen sebelum melangsungkan perkahwinan keduanya di media sosial.

Meskipun keputusan untuk melakukan poligami mendapat restu isteri pertamanya, namun kenyataannya berhubung ‘isteri pertama untuk dihargai dan isteri kedua untuk dicintai’ membuatkan masyarakat semakin ‘naik hantu’ dengan respons yang diberikan.

‘Stay strong baby! Doakan yang baik untuk kami’

Tidak berdiam diri dengan kecaman dan hinaan yang diberikan terhadap suaminya, Nurmadjina Jamari akhirnya tampil membuka mulut berhubung isu kontroversi tersebut.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGS), Nurmadjina kelihatan memuat naik sepotong video pendek memperlihatkan dia dan suami berpakaian sedondon berwarna biru gelap berjalan sambil berpimpin tangan beserta kapsyen mendoakan agar suaminya itu sentiasa kuat.

“Stay strong baby, hanya kita dan Allah maha mengetahui segalanya.

“Doakan yang baik-baik untuk kami ya,” tulisnya.

Terdahulu, kisah Abang Tesla mendapat perhatian warganet termasuklah rakan selebriti yang tampil mempertikaikan tindakannya yang dianggap sengaja menormalisasikan konten berpoligami sehingga menyebabkan ramai yang berasa triggered.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 23 May 2023
Trending Sun, 15 Mar 2020

[TERKINI] “Kami Mahu Pulang Secepat Mungkin, Makin Ramai Yang Mati” – Luahan Rakyat Malaysia Yang Terkandas Di Itali

Semoga rakyat Malaysia yang kini berada di luar negara berada dalam keadaan baik

Featured Wed, 11 Mar 2020

Ustaz Don Daniyal kongsi cara rawatan penyakit mental mengikut Islam

Forum Mini Kesihatan Mental, inisiatif yang bagus anjuran SofeaRose

Trending Sun, 25 Aug 2019

Duit USD101,500 Disamun Sewaktu Pertukaran Wang

Bukan setakat cedera kerana bertumbuk, duit pula disamun sewaktu kejadian

Hiburan Tue, 30 Apr 2019

Taruhan Terbaru Ernie Zakri Dan Syamel Dalam Takkan Terlerai

Mampukah agaknya lagu ini mengatasi lagu Aku Cinta?

Hiburan Fri, 11 Jan 2019

Sambut Hari Jadi Ke 40 Tahun, Ini Doa Siti Nurhaliza…

Saya sangat bersyukur kerana pada usia ini, saya masih bertahan dalam industri muzik yang diceburi sejak usia 16 tahun…

Hiburan Wed, 22 Jan 2020

Bersedia Untuk Timang Bayi, Siti Nurhaliza Ingin Anak Lelaki

Semoga doa Siti dimakbulkan yang Maha Esa…

error: Content is protected !!