Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 27, 2022 @ 2:41pm

Nikki Palikat Ikat Tangan & Bungkus Diri Dalam Comforter Sambil Nyanyi Demi Hayati Lagu Terakhir Arwah Siti Sarah

Penyanyi berbakat besar, Nikki Palikat mengakui bukan mudah untuk menggantikan Allahyarham Siti Sarah terutamanya dalam membawakan lagu Sudah ciptaan Naim Daniel.

Malah, lagu ini merupakan lagu terakhir yang sempat dirakamkan oleh arwah yang juga berharap lagu ini lolos ke Anugerah Juara Lagu (AJL).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

 

Berkongsi mengenai cabaran yang terpaksa dilalui sebelum merakamkan lagu Sudah, anak kelahiran Tambunan, Sabah ini menjelaskan, dia berasa gementar kerana mengetahui cerita disebalik lagu tersebut.

“Ketika pihak Indigital datang kepada saya dengan lagu ini, mula-mula dengar kita tahu cerita disebaliknya, macam-macam perasaan ada.

“Demo lagu ini dah ada, tinggal ke studio untuk masukkan vokal sahaja. Tapi tak ada rezeki arwah Sarah. Jadi bila saya dapat lagu ni dan Shuib pun merestui, saya rasa ini adalah tanggungjawab saya untuk tunaikan hasrat Sarah sampai ke AJL,” katanya.

Malah, demi menghayati setiap bait kata dalam lagu tersebut, Nikki mengambil inisiatif untuk mengikat tangan dan membungkus diri dalam comforter sambil menyanyikan lagu tersebut.

“Lagu ini memang kuat. Dan saya tidak mahu menyanyi macam lagu balada biasa dalam masa yang sama saya tak nak tayang vokal semata-mata. 

“Saya banyak buat eksperimen termasuklah ikat tangan, bungkus diri dalam comforter sambil menyanyikan lagu ni. 

“Saya buat semua ni sebab nak tengok hasil dia macam mana dan adakah dia memberikan impak pada nyanyian saya kerana da part saya seperti bercakap danmengeluh sebab mahukan perasaan putus harapan hingga tiada tenaga mahu berkata apa-apa,” jelasnya.

Terdahulu, muzik video rasmi lagu Sudah nyanyian Nikki Palikat kini boleh distrim disemua platform digital sejak ia dilancarkan pada 25 Mac lalu.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Thu, 3 Jan 2019

Nak Turun Kadar Gula Dalam Darah Makan Peria Katak

Pemakanan ulam-ulaman seperti peria dan tomato semasa proses diet dapat mempercepatkan proses menurunkan berat badan

Featured Fri, 10 Oct 2025
Trending Wed, 14 Jul 2021

Media Prima Omnia Perkenal Pakej #KitaMalaysia, Tawar Nilai Media Sehingga RM1 Juta Untuk Usahawan SME

Pandemik Covid-19 yang melanda hampir dua tahun bukan sahaja membahayakan kesihatan, malah ia memberikan impak terhadap pelbagai industri di serata dunia. Industri perniagaan turut terjejas, malah ia memberikan kesan buruk terhadap perusahaan kecil dan sederhana […]

Trending Thu, 28 Mar 2019

Mangsa Gas Toksik Sungai Kim Kim Dibenarkan Keluar Hospital

Kesemua mangsa kes pembuangan sisa toksik yang dimasukkan ke hospital kerana menghidu gas toksik di Sungai Kim Kim pada bulan lalu dibenarkan keluar dari hospital.

Kisah Viral Thu, 6 Jun 2024
Hiburan Tue, 10 Feb 2026

Sering Terima Komen ‘Elok Tengok Cermin Dulu’, ‘Pergi Tegur Adik-Adik Dulu’… Ini Respons PU Riz

PU Riz turut menjawab komen sinis yang menyarankan agar dia ‘melihat cermin dahulu’ atau menegur keluarga sendiri sebelum menasihati masyarakat

Featured Mon, 15 Aug 2022
error: Content is protected !!