Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 26, 2025 @ 9:46pm

“Apa Yang Buat Saya Sedih Adalah Ketika Fatima Beritahu Dia Mimpi Daddy” – Fattah Amin Tak Dapat Tahan Sebak

Fattah Amin tidak dapat menahan rasa sebak apabila anak perempuannya, Nur Fatima Aisya berkongsi dia bermimpi mengenai aktor sensasi itu kerana terlalu merinduinya.

Menurut Fattah, biarpun keadaan kini berbeza selepas dia bercerai dengan aktres Nur Fazura, dia tetap bersyukur kerana masih berpeluang meluangkan masa bersama anaknya.

“Apa yang membuatkan saya sedih adalah bila Fatima beritahu dia mimpi daddy.

“Beberapa malam dia bermimpi dan ingin berjumpa dengan saya. Itu benar-benar menyentuh hati saya.

“Alhamdulillah, melalui persetujuan dengan bekas isteri, saya dapat meluangkan masa dengan Fatima mengikut jadual yang ditetapkan.

“Dalam sebulan, saya boleh bermalam empat malam bersamanya, dan setiap minggu saya ada tiga hari untuk melawatnya.

“Memang berbeza dengan sebelum ini kerana saya sentiasa berada di sisinya, tapi saya tetap bersyukur dapat berjumpa dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah. Doakan yang terbaik untuk kami,” katanya kepada XTRA.

Fattah ditemui pada majlis pelancaran butik flagship Amber di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Dalam pada itu, Fattah menafikan dakwaan dia jarang bertemu anak perempuannya gara-gara sibuk dengan pelbagai komitmen seni sejak bercerai.

Menurut Fattah, kesibukan tidak pernah menjadi alasan untuk mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.

“Ada yang kata saya terlalu sibuk sampai tak jenguk anak, itu tidak betul. Saya sentiasa memastikan ada masa untuk Fatima kerana dia adalah tanggungjawab utama saya.

“Jadual kerja telah disusun lebih awal, begitu juga masa melawat anak. Tiada istilah terlalu sibuk sehingga tidak meluangkan masa bersama Fatima,” katanya.

Terdahulu, Fattah menarik perhatian ramai apabila memuat naik foto bersama Fatima di media sosial, di mana dia meminta anaknya itu agar tidak bersedih walaupun mereka hanya dapat meluangkan masa yang singkat bersama.

Dalam gambar yang dikongsikan oleh Fattah menerusi hantaran di laman Instagram, Fatima kelihatan gembira mencium pipi bapanya.

Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 namun bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 4 Mar 2022
Featured Tue, 10 Jan 2023
Hiburan Thu, 13 Feb 2025
Hiburan Wed, 10 Jan 2018

Sharifah Sakinah Mohon Maaf

Melalui Insta Stories memohon maaf di atas kesalahannya itu selain menyatakan bahawa dia tidak berniat langsung untuk mengundang kemarahan para peminat

Hiburan Wed, 10 Jul 2019

Fizo Omar, Mawar Cerai Talak Satu

Doa yang baik-baik semua…

Trending Wed, 29 Jul 2020

Ibadah Haji Di Mekah Bermula Hari Ini

Semoga kita semua dikurniakan rezeki untuk ke sana..

error: Content is protected !!