Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida October 17, 2019 @ 8:00am

Wan Sharmila Berserah…

“Dah tiba masanya untuk saya bertudung,” demikian kata pelakon Wan Sharmila mengenai penampilan terbaharunya yang semakin manis berhijab.

Akui pelakon yang menginjak usia 38 tahun minggu lalu, dia menyifatkan ‘hijrah’ ini sebagai hadiah paling bermakna sepanjang hidupnya.

“Jujurnya, belum sampai seminggu saya bertudung. Rasa kekok masih ada. Saya mula bertudung ketika saya bercuti di Osaka, Jepun, baru-baru ini.

“Niat untuk bertudung sudah lama ada cuma kali ini saya sudah nekad untuk lakukannya.

“Sebelum ini, saya juga selesa melakonkan watak wanita bertudung. Saya mohon peminat mendoakan agar saya istiqamah,” katanya kepada Xtra.

Dalam masa sama, Wan Sharmila ketika ditemui di sidang media Anugerah Skrin Kebangsaan 2019 (ASK) mengaku tidak risau dengan tawaran berlakon selepas ini.

“Insha Allah, kalau kita minta dengan niat baik, DIA akan beri. Kalau rezeki saya bukan di dalam bidang lakonan mungkin dalam bidang lain pula.

“Tidak perlu risau pelakon yang sudah bertudung kurang tawaran atau apa. Semua sudah diatur oleh Allah. Doa yang baik-baik,” akhirinya.

Dalam perkembangan lain, Wan Sharmila kini sibuk dengan perniagaan jamu Aura Kasih bersama dengan beberapa selebriti antaranya Ezlynn, Nina Iskandar dan Faye Kusairi.

Oleh: Fas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 24 Jul 2025

Asia Championship 2025: Pentas Tinju, Dunia Digital Bertembung 18 Oktober Ini

Asia Championship 2025 bakal berlangsung 18 Oktober ini!

Featured Mon, 2 Dec 2024

Amyra Rosli Dedah Alami Keguguran, Gagal Timang Anak Ketiga -“Awak Singgah Kejap Je Kat Perut Mummy”

Pelakon dan pengacara jelita, Amyra Rosli mendedahkan mengalami keguguran atau ‘chemical pregnancy’.

Hiburan Thu, 26 Feb 2026

“Tugas Kita Amar Maaruf Nahi Mungkar, Aku Tak Cari Salah Sesiapa”- Tareq Fit Pertahan Diri, Balas Kata-Kata Kamal Adli & Remy Ishak

Pempengaruh media sosial dan jurulatih kecergasan, Tareq Fit tampil membidas teguran pelakon Kamal Adli dan Datuk Remy Ishak untuk tidak mencari salah orang lain.

#tilljannah Wed, 28 Dec 2022

Lawaknya Gelagat Uqasha Senrose & Kamal Adli ‘Masuk Air’ Menari Dangdut!

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian di TikTok yang menunjukkan pasangan selebriti Uqasha Senrose dan Kamal Adli sedang berada di sebuah restoran. Menerusi hantaran yang dimuat naik semula oleh pengguna @norzana1980 itu menunjukkan Aprena Manrose, sepupu […]

Hiburan Thu, 13 Jun 2019
error: Content is protected !!