Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 24, 2025 @ 4:27pm

Asia Championship 2025: Pentas Tinju, Dunia Digital Bertembung 18 Oktober Ini

Gabungan dunia sukan dan digital bakal menjadi realiti apabila Asia Championship 2025 membuka tirai pada 18 Oktober ini, menjanjikan satu pengalaman berbeza daripada acara tinju konvensional.

Bukan sekadar pertarungan di dalam gelanggang, kejohanan berprestij ini tampil dengan pendekatan segar apabila artis, influencer dan atlet disatukan dalam satu pentas, menjadikan Asia Championship medan aksi fizikal dan maya yang saling melengkapi.

“Asia Championship bukan hanya tentang siapa paling kuat di gelanggang. Ini pentas moden yang menyatukan semangat kesukanan dengan dunia digital,” kata Penganjur, Datuk Abd. Rahman Soltan.

Menurutnya lagi, kejohanan kali ini bakal mewujudkan satu budaya baharu dalam dunia sukan dimana aksi, emosi dan perjuangan atlet turut dikongsi secara aktif di platform media sosial, sekali gus membuka ruang keterlibatan lebih luas bersama komuniti.

Bagi memastikan peserta benar-benar bersedia, pihak penganjur juga akan menyediakan latihan khusus melibatkan aspek fizikal, mental dan pembentukan karakter sebagai atlet moden.

“Kami mahu mereka bukan sekadar bertinju, tetapi menjadi ikon sukan yang berdisiplin, fokus dan bertanggungjawab, baik dalam gelanggang mahupun di alam digital,” tambahnya.

Setakat ini, seramai 16 anak muda tempatan telah disahkan menyertai kejohanan ini merangkumi dua kategori.

Namun, penganjur masih membuka ruang kepada mereka yang berminat untuk turut serta, dengan kemungkinan penambahan kategori baharu sedang dalam perbincangan.

“Permohonan masih dibuka. Ini bukan semata-mata tentang menang kalah, tetapi usaha membentuk semangat dan disiplin sukan dalam kalangan generasi muda,” katanya lagi.

Asia Championship 2025 bukan sahaja bakal menjadi pentas pertempuran sengit, tetapi juga ruang eksklusif untuk pencipta kandungan, peminat sukan dan komuniti digital berkumpul meraikan semangat kesukanan era baharu.

Artikel Berkaitan: 80 Pempengaruh Dari 20 Negara Berentap Rebut Gelaran Terbaik Asia Di All Star Influencer Award 2025

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aktor Lelaki Didakwa Herdik Isteri, Harris Alif ‘Settle’ Isu Dalam Ring Demi Maruah! – “Saya Tak Boleh Terima Dia Sentuh Keluarga”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Mon, 8 Aug 2022

Perkahwinan Di Selatan Thailand Perlu Segera Didaftarkan di Malaysia

Pasangan yang bernikah di Selatan Thailand perlu segera daftar pernikahan di Malaysia.

Featured Sun, 20 Nov 2022
Trending Sun, 21 Feb 2021

Syoknya Dapat Ilmu Ekstra… Jom Tonton 9 Dokumentari Menarik Di DidikTV KPM!

Semenjak DidikTV Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diperkenalkan, ramai ibu bapa, guru dan pelajar memberi maklum balas yang baik. DidikTV KPM ternyata membantu mereka dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dengan lebih efektif. Untuk […]

Hiburan Tue, 2 Jul 2019
Trending Tue, 22 Feb 2022

Wah, Baby 22.02.22 Juga! Dapat Baby Boy, Jamal Abdillah Sambut Kelahiran Anak Kelima

Nampaknya tarikh 22.02.22 dimeriahkan dengan kelahiran anak selebriti tanah air! Selepas Kaka Azraff dan Syamel, penyanyi popular tanah air, Datuk Jamal Abdillah, 63, turut menyambut kelahiran anak kelimanya bersempena tarikh istimewa hari ini. Isteri Jamal, […]

Featured Mon, 12 Sep 2022

Terpaling Juara: Kurang Undian Online Punca Tersingkir, Ini Respons Ifa Raziah – “Saya Masih Teguh & Relevan..”

Yasss, ini yang kita mahukan. Tak putus semangat meski tersingkir. Min tengok persembahan Ifa pun banyak improvement dari minggu lalu ☺️☺️

Trending Fri, 9 Feb 2018

Dijangkiti ‘Cacing Dalam Kaki’ Gara-Gara

Pengalaman Ngeri, Saya Dan Suami Dijangkiti ‘Cacing Dalam Kaki’ Gara-Gara Tidak Pakai Kasut Semasa Main Air Di Tepi Pantai

Hiburan Sun, 4 Sep 2022

“Selera Makan Saya Kuat” – Risteena Tolak Dakwaan Sudah Berbadan Dua

Kalau Risteena hamil mesti diorang akan umum nanti! Sabar ye

error: Content is protected !!