Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain November 20, 2022 @ 3:23pm

Melampaunya! Madammu Dituduh Buat IVF Pakai Benih Lelaki Lain

Usahawan Eriyca Baiduri telah berkongsi tohmahan seorang individu yang mendakwa dirinya membuat in vitro fertilisation (IVF) menggunakan benih lelaki lain.

Menerusi perkongsian di TikTok, usahawan yang lebih mesra disapa sebagai Madammu itu telah memuat naik video bersama suaminya, Muhammad Azri Che No sambil memaparkan komen individu terbabit.

“Pregnant pun atas buat uji kalau tak, takkannya pregnant. Bukan atas benih laki pun. Apalah adik-beradik semua okay je boleh pregnant macam orang biasa.

“Dia ni je entah kenapa sampai kena buat test uji nak dapatkan anak. So, kalau orang cakap apa-apa terima je,” komennya.

Biarpun tohmahan yang dilemparkan itu tidak berasas, Madammu tetap tenang membalas kenyataan individu tersebut.

“Kita nak kena buat kelas sains ke nie guys?,” tulisnya.

@eriyca.baiduri Replying to @🤪💖 ♬ Muhasabah Cinta – Al Elsania

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah menerima pelbagai respons daripada peminatnya yang rata-ratanya mengecam semula tindakan individu tersebut.

“Bukan kena masuk kelas sains je dia ni, kelas bm pun kena masuk sekali.

“Orang macam ni mungkin Allah bg rezeki anak mudah , tapi belum tentu mudah nak dapat rezeki anak yang baik soleh solehah.

“Allah..sian nye kt dia…kenapa ye fikiran dia sampai dia boleh taip ayat-ayat mcm tu ..saya yang pernah TTC 11 tahun pun sedih sangat bila baca walaupun ayat tu bukan untuk saya.

“Sedih orang macam tu…jangan dilayan sis..Semoga sis dan kandungan baik-baik saja,” komen pengikutnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 19 Sep 2024

Henti Spekulasi Isu Rumah Tangga Fazura, Fattah – Pengurus

Jadi, faham-faham lah ek wahai netizen. Pengurus Fazura dah beri respons tu😪

Hiburan Mon, 30 Mar 2026

Aina Abdul Tegur Pengkritik, Jawab Dakwaan Lagu Raya Ya Habibi Ya Aidilfitri ‘Gagal’

Menurut Aina, pencapaian lagu itu dari segi tontonan dan penstriman jelas menunjukkan penerimaan baik daripada pendengar, sekali gus menolak dakwaan ia tidak berjaya.

Hiburan Sun, 30 Mar 2025

Awie Sambut Aidilfitri Sederhana, Anak-Anak Beraya Bersama Ibu Masing-Masing – “Tahun Ni Rumah Terasa Kosong…”

Awie sambur Hari Raya Aidilfitri secara sederhana bersama dua anak-anak kecil

Featured Mon, 17 Feb 2025

Ekspresi Suara & Wajah Sempurna, Netizen Tak ‘Move On’ Persembahan Marsha – “Simple Tapi Beri Impak”

lagu ciptaan Ikhwan Fatana dan Wan Salleh berjudul, Hening Rindu nyanyian Marsha dinobat sebagai AJL39

Events Tue, 10 Jul 2018

Wow! Tun M Kongsi Rahsia Gaji Selama 29 Tahun

Saya simpan gaji saya. Itulah duit yang saya ada sekarang sebab semuanya dibayar oleh kerajaan.

Hiburan Mon, 16 Jul 2018

Dua Tahun Sendiri, Amelina Bakal Kahwin?

Amelina dan bekas suaminya, Reduan Mahmood bercerai pada tahun 2016 dan menerusi perkahwinan itu mereka dikurniakan enam cahaya mata.

error: Content is protected !!