Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin April 30, 2019 @ 8:46am

Taruhan Terbaru Ernie Zakri Dan Syamel Dalam Takkan Terlerai

Selepas kejayaan lagu Aku Cinta pada AJL32 lalu, kali ini gandingan mantap Ernie Zakri dan Syamel dalam Takkan Terlerai pastinya ditunggu-tunggu oleh peminat.

Lagu ciptaan Sharon Paul ini dicipta khas bersesuaian dengan gaya nyanyian Ernie dan juga Syamel. Manakala, liriknya pula ditulis oleh Fedtri Yahya dan turut mendapat bantuan daripada kedua-dua pemilik vokal hebat ini.

Menurut Feros selaku Ketua Label Muzik syarikat rakaman kedua-dua penyanyi ini, permintaan terhadap lagu duet Ernie dan Syamel sangat memberangsangkan, namun pihaknya tidak mahu tergesa-gesa kerana pertaruhannya cukup tinggi.

“Jadi kita ambil masa kira-kira satu tahun dalam membuat persediaan untuk mencari lagu yang tepat dan bersesuaian. Maka lahirlah Takkan Terlerai dan saya yakin lagu ini dapat memuaskan peminat pasangan duet ini dan semua pencinta muzik” Katanya.

Lagu Takkan Terlerai ini juga sudah boleh didengari menerusi Itunes, Spotify Raku dan Joox.

So, buat peminat Ernie Zakri dan Syamel, apa tunggu lagi!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 29 Jun 2026

“Kita Tak Mampu Pilih Dengan Siapa Kita Jatuh Cinta” – Fazley Yaakob Akui Jodoh Adalah Rahsia Tuhan 

Fazley Yaakob berkongsi pandangannya soal  jodoh menerusi satu hantaran di media sosial miliknya baru-baru ini.

Hiburan Tue, 1 Mar 2022

Dayang Nurfaizah Kagum Dengan Bakat Amir Masdi

Penyanyi popular, Dayang Nurfaizah, 41, mendedahkan dirinya sudah lama kagum dengan bakat yang dimiliki oleh penyanyi Amir Masdi. Kini, Dayang dan Amir muncul dalam sebuah single duet balada moden yang berjudul Debu yang dicipta oleh […]

Featured Sat, 16 Oct 2021
Hiburan Fri, 20 Oct 2023
LIFESTYLE Thu, 16 Aug 2018

Pisang Hijau Ada Kelebihan Buat Kesihatan

Ini bukan bermaksud pisang hijau adalah pisang mentah. Pisang hijau ini pun mempunyai manfaat dan kelebihan untuk kesihatan.

Featured Fri, 21 Jul 2023
Hiburan Wed, 4 Jun 2025
Featured Mon, 6 Nov 2023
error: Content is protected !!