Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 16, 2021 @ 12:00pm

Tuntutan Saman RM2.5 Juta, Siti Nordiana Mungkin Selesai Cara Baik

Tuntutan saman sebanyak RM2.5 juta melibatkan penyanyi Siti Nordiana Alias terhadap lima defendan termasuk dua rakan artis atas dakwaan memfitnahnya di platform Instagram, mungkin diselesaikan secara baik.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh peguam-peguam yang mewakili kedua-belah pihak di Mahkamah Sesyen semalam.

Justeru itu, mahkamah menangguhkan perbicaraan dan menetapkan 20 Oktober ini bagi mengetahui hasil perbincangan peguam-peguam pihak plaintif (Siti Nordiana) dan kelima-lima defendan.

ARTIKEL BERKAITAN: Perbicaraan Penuh Kes Saman Fitnah Siber Siti Nordiana Ke Atas 5 Sekawan Bermula Pada 15 Oktober, Zoey Rahman Bakal Jadi Saksi

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Tuntutan Siti Nordiana: “RM200,000 Bukan Saman Sebab Kami Tak Mohon Maaf” – Syura

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Saman: Peguam Sam Samin & Aida G Nafi Dakwaan Fitnah Siti Nordiana

Malah, peguam defendan-defendan turut memaklumkan akan mengadakan perbincangan dengan anak guam sama ada wujud kemungkinan kes saman itu diselesaikan di luar mahkamah.

Ini kerana, pihak defendan baru menerima pernyataan dari saksi plantif dan memerlukan masa untuk meneliti serta mendapatkan arahan daripada anak guam.

Dalam pada itu, peguam Abang Azlan Abang Ariffin dan Ahmad Syaifulbakri Mohamed yang mewakili Siti Nordiana turut memaklumkan anak guamnya terbuka untuk berbincang mengenai penyelesaian kes saman tersebut.

Terdahulu, pelantun lagu Hatiku Milikmu ini menuntut ganti rugi RM2.5 juta atas dakwaan memfitnahnya secara langsung di laman Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Saman Fitnah Siti Nordiana: Sam Samin & Aida G Failkan Pembelaan, Akan Lawan Tuntunan Di Mahkamah

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Sebar Fitnah, Siti Nordiana Saman Syura, Lan Solo & Isteri Serta 3 Individu Lain

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nordiana Hantar Writ Saman Tuntut Syura, Lan Solo & 3 Individu Bayar RM2.5 Juta Serta Mohon Maaf Di Media

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 13 Feb 2020
Trending Mon, 13 Sep 2021
Hiburan Wed, 1 Oct 2025
Hiburan Mon, 17 Sep 2018

Munafik 2 Kutip RM 40 Juta, Syamsul Yusof Terus Demam Terkejut?

Pengarah berbakat besar ini bersyukur dan berharap mesej filem ini sampai dan menjadi inspirasi kepada pendakwah di luar sana. Alhamdulillah…

Featured Sun, 19 Apr 2020
Featured Thu, 26 Jan 2023
error: Content is protected !!