Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 29, 2023 @ 2:45pm

Terkejut Aurora Didakwa Trauma, Farid Kamil Akui Sangat Rapat Dengan Anak-Anak – “Adakah Kerana Saya Bertanya Soalan Peribadi Hingga..”

Pelakon sensasi, Farid Kamil terkejut atas pendedahan yang dibuat oleh isterinya, aktres jelita Diana Danielle berhubung keadaan mental anak perempuan merek, Nur Aurora, 8.

“Aurora, trauma,” kata Diana ringkas sebelum memasuki kereta meninggalkan perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari Shah Alam selepas usai perjumpaan bersama Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada Selasa.

Memetik laporan Harian Metro, Farid berkata hubungannya bersama kedua anak-anaknya sangat rapat.

“Saya tidak tahu apa yang Aurora trauma kerana hubungan saya dengan anak-anak rapat sebagai ayah dan anak,” katanya.

Dalam masa yang sama, Farid yang tidak berjumpa anaknya selama 23 hari itu tidak mengetahui alasan disenalik mengapa isterinya itu menghalang seorang bapa untuk melepaskan rindu pada anak-anak.

“Adakah kerana saya bertanya soalan peribadi yang menyinggung perasaan dia (Diana)? Saya tidak tahu kenapa saya dihalang dari berjumpa anak-anak dan itu kena tanya Diana,” ujaenya.

Sementara itu, Farid menyerahkan segalanya kepada Sang Pencipta atas segala ujian yang dilaluinya kini.

Dia juga menegaskan tidak tahu dimana keberadaan anak-anaknya.

“Saya memang rindu pada anak-anak tetapi apa yang saya boleh buat? Hanya kepada Allah, tempat saya mengadu.

“Saya mendapat taufik dan hidayah ketika mengerjakan umrah dan ziarah baru-baru ini. Dari situ saya dapat meningkatkan tahap kesabaran yang ada pada saya sekarang,” katanya.

Farid tiba di mahkamah kira-kira jam 9 pagi dengn membawa jambangan bunga mawar untuk isterinya dan sebentuk cincin sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11.

Sementara itu, Diana hadir lebih awal iaitu pada jam 8.55 pagi dengan memakai baju berwarna hitam ditemani pengawal peribadinya.

Kira-kira lebih 30 pengamal media daripada pelbagai agensi berkumpul di perkarangan mahkamah seawal jam 7 pagi tadi untuk membuat liputan.

Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses JKP.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 23 May 2022
Drama Tue, 14 Feb 2023
Hiburan Mon, 29 Sep 2025
Hiburan Tue, 24 Oct 2023

Selamat Lahirkan Cahaya Mata Kedua, Isteri Aril Pilus Hilang Banyak Darah & Terpaksa Buang Rahim

Semoga diberikan kesembuhan buat isteri Aril yang kini berada di ICU

Hiburan Fri, 1 Feb 2019

首要媒体超越谷歌和脸书!成为大马人最受欢迎的移动内容

马来西亚最大的整合媒体公司首要媒体超越谷歌和脸书,成为马来西亚人最受欢迎的移动内容!

Trending Tue, 9 Jun 2020
Featured Mon, 24 Jun 2024
error: Content is protected !!