Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 7, 2023 @ 5:44pm

[VIDEO] Beritahu Syamsul Yusof Call Masa TikTok Live, Peminat Dakwa Ira Kazar Pura-Pura Bahagia? Netizen Komen: “Ayang Pun Rampas Orang Punya”

Kisah rumah tangga pengarah sensasi, Syamsul Yusof dan isterinya, Ira Kazar sering meraih perhatian ramai di platform media sosial.

Sekian lama tidak munculkan selepas dakwaan telah bercerai, Ira Kazar kini dilihat ceria dalam sebuah video tular siaran langsung bersama kakaknya, Melor Kazar.

Menerusi video yang telah disunting oleh individu di platform TikTok, Ira kelihatan ceria apabila mendapat panggilan daripada suami tersayang, Syamsul.

“Sorry sorry bye, laki kita call. Bye! Yangg, Ayangggg,” katanya dalam video berkenaan lalu beredar daripada siaran langsung tersebut.

@xtra_my

Alahai, bahagia ek ada ayanggg 😌 #xtra #xtramy #beritaditiktok #beritaterkini #sembangentertainment #irakaza

♬ original sound – XTRA – XTRA

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen seakan meluahkan rasa meluat terhadap reaksi Ira itu, malah ramai dalam kalangan mereka juga turut mengkritiknya ‘merampas’ suami orang lain.

Bukan itu sahaja, ada pula netizen yang mendakwa Ira hanya pura-pura bahagia bersama perkahwinannya dengan Syamsul.

Ira Kazar

Sebelum ini, tular dakwaan mengatakan Ira sudah bercerai, namun isteri kepada aktor Azlan Komeng iaitu Nur Nilam menjelaskan rumah tangga adik angkatnya itu dalam keadaan baik-baik sahaja.

Sekadar info, Ira dan Syamsul mendirikan rumah tangga di Thailand pada 6 Januari lalu.

Manakala Syamsul dan bekas isterinya, Puteri Sarah Liyana bercerai talak satu pada 13 Jun di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: “Mereka Sangat Bahagia, Cuma Tak Post Di Media Sosial Elak Kecaman” – Isteri Azlan Komeng Sahkan Ira Kazar, Syamsul Tidak Bercerai

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Berat Badan Makin Susut & Wajah Nampak Sedih, Penampilan Terkini  Syamsul Yusof  Curi Perhatian – “Sayu Je Tengok!”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 12 Feb 2020
Featured Wed, 12 Mar 2025

Nafi Buat Pembedahan Bariatrik, Enot Perjelas Sebab Tampak Kurus – “Saya Bekas Penghidap Kanser Usus”

“Saya tak ada ambil jalan mudah sebab saya tahu benda itu akan memudaratkan saya,” – Enot

Hiburan Tue, 30 Oct 2018

#DramaTonton; GHAIB Buat Shukri Yahaya Meremang

Sebenarnya saya bukan seorang yang penakut tetapi bila berada di situ, saya jadi…

Hiburan Mon, 7 Oct 2019

Abby Abadi Mohon Doa Semua, Anak Makin Kritikal

Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Abby Abadi dan keluarga. Semoga semuanya baik-baik sahaja!

Hiburan Thu, 6 Nov 2025

Isu Jual Topi Tiruan, Fariz Isqandar Ambil Iktibar – “Perniagaan Lebih Berkat, Hati Rasa Lapang”

Fariz Isqandar syukur Allah jentik hati, jauh dari tamak dalam berniaga

Featured Mon, 25 Mar 2024
Featured Thu, 8 Dec 2022

[VIDEO] Netizen Berdekah Memey Duduk Mengejut Atas Norman Hakim – “Dia Main Henyak Je.. Sampai Juling Mata”

Perghhhh, terus duduk tak bagi salam ek 🤣 Min saje ulang banyak kali biar abg Norman kita sakit 🤪🤪🤪🤪 Sayang bini kan hihiii

error: Content is protected !!