Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain June 19, 2024 @ 11:18am

Yana Samsudin Bimbang Anak Alami Masalah Kulit, Garu Leher Sampai Berdarah – “Krim Gatal Dah Macam-Macam Dah”

Pelakon Yana Samsudin meluahkan rasa bimbang dengan masalah kulit yang dihadapi anak bongsunya, Aisy Hakeem.

Menerusi perkongsian di Instagram, Yana turut menunjukkan keadaan anak bongsunya itu yang menggaru lehernya sehingga luka.

Menurut Yana, anaknya yang kini berusia enam bulan itu tidak mengalami masalah eczema bahkan, dia sudah mencuba pelbagai ubat sapu untuk merawat masalah kulit yang dialaminya.

“Ya Allah, digarunya leher sampai luka camni. Kuku dah kerap potong tapi jadi jugak. Tapi bukan eczema tau.

“Krim leher gatal dah macam-macam dah. Aveeno, Ceradan, Bepanthen semua dah cuba tak ngam dengan Hakeem, anak korang pernah jadi camni tak?,” tulisnya,

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut meluahkan rasa bimbang melihat kondisi anak pelakon itu.

Malah, ada juga sesetengah pengikutnya berkongsi tips untuk merawat masalah kulit bayinya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin)

Sekadar info, Yana telah berkahwin dengan Fadzil Zahari pada 13 Februari 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata, Aisy Mateen, 8, Aura Aisy Sofea, 4 dan Aisy Hakeem.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 18 Apr 2025
Hiburan Wed, 30 Jan 2019

Percaturan Ismail Izzani Menjadi?

Semoga Ismail Izzani terus sukses!

Featured Thu, 27 Oct 2022
Featured Tue, 23 Aug 2022

“Allah Tak Izinkan Dia Discharge Hari Ini…” – Oksigen Rendah, Ainul Mardhiah Kembali Diserang Sawan Berterusan Selama 10 Saat

Sayunya min baca luahan hati ayah Ainul Mardhiah 🥲🥲 Semoga Allah permudah segala urusan 🥲

Hiburan Fri, 10 Jan 2025
error: Content is protected !!