Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi February 8, 2023 @ 11:42am

Isu Difitnah Curang & Hantar Mesej Lucah, Hafidz Roshdi Bakal Ambil Tindakan Saman?

Nama pelakon Hafidz Roshdi sekali lagi menjadi perbualan hangat di kalangan warganet gara-gara didakwa berlaku curang dan kantoi menghantar mesej berbaur lucah dan menjijikan baru-baru ini.

Tampil menjelaskan perkara tersebut menerusi program Melodi TV3, Hafidz mengakui terkejut apabila Instagramnya dihujani dengan pelbagai komen warganet.

Hafidz juga memberitahu dia tidak memadam gambar bersama isterinya akan tetapi lebih memilih privasi dalam kehidupan.

“Saya buka Instagram ketika solat Jumaat dan tiba-tiba dapat tahu. Saya pun tak tahu daripada mana datang, saya tak tahu nak cakap apa.

“Isteri saya tanya ‘mana mereka dapat cerita ini, mana datang pula awak macam ini’. Saya dapat banyak komen dan terkejut.

“Ada orang cakap saya tak post gambar isteri sayalah, sebenarnya saya tak post tu sebab nak jaga privasi sayalah. Saya ambil nasihat orang-orang sekeliling saya post pasal kerja sahaja.

“Kalau privasi tu saya kurangkanlah, bukan tak ada…kalau boleh untuk kerja sahajalah. Saya tak padam pun, saya cuma ‘archive’, nak jaga privasi isteri saya, sebab isteri untuk tatapan suami bukan untuk orang ramai. Isteri saya untuk saya sahaja,” jelasnya.

Disoal adakah akan mengambil tindakan selanjutnya, Pelakon drama Wanita Milik Tuan Putera ini berkata dia tidak akan bertindak untuk berbuat demikian. Malah menyerah kepada semua untuk menilai.

“Ini ujian untuk saya. Saya pun dah lama tak jadi hero. Saya nak saman pun duit bukan banyak.

“Bukan saya lah nak saman-saman ni. Kalau benda tu betul ke tak betul ke, terpulang pada mereka nak percaya atau tidak. Siapa yang kenal saya, kenallah,” katanya.

Dalam pada itu, Hafidz menegaskan bahawa dia bukanlah seorang yang berperwatakan alim seperti yang didakwa dan tidak mahu lagi memperbesarkan isu ini.

“Saya memang tak alim pun. Saya macam masuk air saja. Saya biasa-biasa saja, kenapa tiba-tiba isu itu keluar. Wajah alim, mesej lucah, saya pelik lah.

“Siapa yang cakap itu, dia nak fitnah saya apa ke terpulang pada dia. Saya pun malas nak besarkan isu. Teruskan fitnah, teruskanlah fitnah anda.

“Cuma nak bagitahu, bila kita buat sesuatu yang baik, akan dibalas baik. Kalau buat benda buruk akan dibalas buruk.

“Jangan nak menabur fitnah tak tentu fasal, tiada bukti apa semua,” tegasnya.

Melihat kepada apa yang berlaku, Hafidz mengakui ia adalah ujian baginya dan menerima dengan hati yang terbuka. Malah berpesan agar jangan cepat menjatuhkan hukum dengan mengunakan agama.

“Saya fikir dekat anak-anak saya, isteri, air muka keluarga saya. Saya tak akan buat lah benda macam tu.

“Saya rasa orang ‘berkampung’ di Instagram saya tu tak kenal saya, mungkin dia buat lah dakwaan tu. Saya nak bagitahu, saya tak alim pun. Saya orang biasa saja.

“Ini ujian untuk saya, saya terima dengan hati yang terbuka, ada hikmah yang terbaik untuk masa akan datang, mana yang baik daripada saya ambillah contoh, yang buruk jauh-jauhkanlah, saya pun ada perangai saya yang tak baik.

“Bila seseorang itu buat salah, kita jangan jatuh hukum itu kita main agama dia, mungkin dia buat salah tu bukan salah agama tetapi salah diri sendiri. Ia akan menjatuhkan imej agama kita sendiri,” tutupnya.

Terdahulu, Hafidz menafikan dakwaan berlaku curang dan menghantar mesej lucah kepada wanita lain dan memberitahu perkara itu hanyalah fitnah semata menerusi muat naik di Instastory miliknya.

Sumber: Melodi TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 28 Apr 2022
Featured Thu, 7 Jun 2018
Featured Thu, 5 Jan 2023

Comelnya! Gelagat Ernie Zakri Teruja Nyanyi Depan Burung Di London Curi Tumpuan

Umum mengetahui, penyanyi terkenal Ernie Zakri dan suaminya, Syamel sedang bercuti di London.   View this post on Instagram   A post shared by @erniezakri Tular sebuah perkongsian di platform TikTok memaparkan gelagat Ernie yang […]

Hiburan Tue, 31 Mar 2026

“Buat Main Anak Orang, Kurang Ajar!” – Abby Abadi Kesal Tindakan Aslam, Fazura Tampil Beri Sokongan

Abby turut mempertikaikan tindakan suami Marissa, iaitu Ahmad Aslam yang didakwa mempermainkan perasaan nak perempuannya itu.

Featured Thu, 14 Nov 2024

Tular Foto Bergari, Alif Satar Mohon Netizen Tak Terpedaya Dengan Berita Palsu – “Pelik Betul Zaman Sekarang”

Alif berharap agar orang ramai melaksanakan tanggungjawab dengan melaporkan berita palsu tersebut sekiranya ia melibatkan dirinya dan ahli keluarga mangsa.

Featured Wed, 17 Jan 2018

7 Bahana Kanta Lekap

Jika dulu kanta lekap digunakan sebagai alternatif untuk menggantikan penggunaan cermin mata bagi mereka yang mengalami masalah rabun, namun seiring dengan arus kemodenan, penggunaan kanta lekap kini menjadi trend popular untuk wanita bagi tujuan fesyen […]

Fab Foodies! Thu, 4 Oct 2018

Pakcoy Adik Beradik Sawi Ke?

Pak Coy satu sayuran dari keluarga sawi yang berasal dari China, yang membezakan dengan sawi

error: Content is protected !!