Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir September 14, 2022 @ 9:02pm

[VIDEO] “Kamu Tak Pernah Solat Kan?” – Iqbal Zulkefli Ditegur Netizen Sebar Aib Pembantu Rumah

Usahawan dan penyanyi kontroversi, Iqbal Zulkefli menerima teguran netizen kerana didakwa menyebarkan aib pembantu rumahnya yang dikatakan tidak pernah menunaikan solat.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Iqbal membelikan telekung untuk pembantu rumah yang bernama Indah sebagai semangat untuk rajin solat namun tidak mendesak.

“Belikan pembantu rumah kain telekung. Memandangkan Indah tidak biasa solat, saya rasa kita tidak perlu memaksa dia terlalu mendadak. Setuju?,” tulisnya.

Menurutnya, dia mahu menjadi majikan yang bertanggungjawab dan meminta pandangan pengikutnya tentang perkara yang perlu dilakukan untuk melatih pembantu rumahnya.

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan tindakan Iqbal yang prihatin dengan pembantu rumahnya itu.

Namun, terdapat seorang warganet yang mengatakan Iqbal seolah-olah menyebarkan aib wanita yang dikatakan tidak pernah solat itu.

“Beli telekung untuk pembantu tak payah lah up video dan mengatakan pembantu tak solat perlu ke? Aib orang tu En Iqbal,” tulisnya.

Kemudian, Iqbal menjelaskan video tersebut hanya gurauan dan telah dipersetujui oleh pembantu rumahnya itu.

“Indah okay saja sambil bergurau je pun. Fikir logik takkan dia tak pernah solat langsung. Sebelum rakam pun kita bincang dulu. Kadang ada point dia kenakan saya juga. Ini kan media sosial kita tak perlu ambil serius sangat,” jelas Iqbal.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 28 Aug 2021
Trending Mon, 11 Nov 2019

Lazada 11.11.19 Is Back, These Are The 11 Must Buy Deals You Should Definitely Purchase!

We list down these 11 super awesome items you should definitely BUY at Lazada 11.11!

Trending Mon, 5 Mar 2018

Jumpa Anak Sendiri Tapi Tak Mengaku…Camne tu?

Lelaki berkenaan mendakwa menemui bayi lelaki masih bertali pusat dalam kotak ditinggalkan di atas but keretanya selepas dia selesai berjoging 5.30 pagi.

Featured Fri, 10 Oct 2025

Ubai MZ Alami Retak Kaki & Buku Lali Terseliuh Gara-Gara Main Bola, Shila Amzah Siap Bagi ‘Warning’

Suami kepada penyanyi terkenal, Shila Amzah iaitu Ubai MZ memaklumkan telah mengalami kecederaan akibat bermain bola.

Trending Sat, 7 Nov 2020
Featured Sat, 4 Jun 2022
Hiburan Tue, 23 Jul 2019
error: Content is protected !!