Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Fas March 5, 2018 @ 11:40am

Jumpa Anak Sendiri Tapi Tak Mengaku…Camne tu?

Alahai pakcik… mengaku sajalah! Nampaknya insiden di mana seorang lelaki membuat laporan polis berhubung penemuan bayi ternyata palsu rupanya…

Kononnya, lelaki berusia 60 tahun ini menemui bayi lelaki di sebuah taman rekreasi di Cheras semalam. Suspek terus membawa bayi itu ke Balai Polis Serdang  untuk membuat laporan. Amboi, licik wak…

Lelaki berkenaan mendakwa menemui bayi lelaki masih bertali pusat dalam kotak ditinggalkan di atas but keretanya selepas dia selesai berjoging 5.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, ketika diambil keterangan, anggota polis berasa curiga dengan maklumat yang diberikan dan hasil soal siasat, lelaki itu akhirnya mengaku bayi berkenaan adalah hasil hubungan sulit dengan teman wanitanya.

“Siasatan lanjut mendapati bayi berkenaan baru dilahirkan oleh teman wanitanya yang berusia 32 tahun di kediamannya di Cheras dengan menggunakan khidmat bidan kampung.

“Suspek kemudian terus membawa bayi terbabit ke balai polis dengan niat membuat laporan palsu, bagaimanapun banyak maklumat yang diberikannya itu meragukan,” katanya kepada Harian Metro.

Katanya, suspek sudah berkeluarga dan mempunyai enam anak serta sudah menjalin hubungan dengan teman wanitanya sejak dua tahun lalu.

Susulan itu, lelaki berkenaan serta teman wanita ditahan dan direman tiga hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu dengan niat membuang bayi.

Bayi berkenaan pula dihantar ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan, manakala ibu bayi terbabit dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan susulan.

Ditulis oleh SGMS Faida

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 7 Sep 2025
Featured Tue, 15 Jul 2025
Featured Sun, 31 Jul 2022
Trending Wed, 21 Aug 2019

This Revolutionary Method of Using the Typical Plastic Food Container is Either Hilarious or Actual Genius!

Everyone is today-year-old to realize the full potential of these typical plastic food containers.

Trending Tue, 23 Feb 2021
Hiburan Tue, 17 Jun 2025

[VIDEO] Naim Daniel Hadir Mahkamah Sesyen Putrajaya Curi Perhatian

Naim Daniel amang seksual remaja perempuan 17 tahun

Trending Tue, 24 Sep 2019

美研究:心脏停跳大脑继续运作!人死后仍有意识

人死后会有什么感觉,会看见、听见什么,是大家一直以来争论不休的课题。

error: Content is protected !!