Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 29, 2025 @ 11:20pm

Terpaksa Bersalin Secara Pembedahan, Ain Edruce Selamat Melahirkan Anak Lelaki – “Benda Pertama Saya Nak Makan Beef Wellington Gordon Ramsay”

Pelakon dan pengacara, Ain Edruce selamat melahirkan anak lelaki secara pembedahan kecemasan (caesar) pada Sabtu di sebuah hospital swasta.

Berita gembira tersebut dimaklumkan oleh Ain menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram Story (IGs) miliknya.

“Alhamdulillah, saya dah selamat bersalin. Sepatutnya saya bersalin normal, bukaan dah 10 sentimeter tapi baby tak nak keluar. Dia masih kat atas.

“Last-last kena emergency caesar dan saya sangat menghormati para wanita yang bersalin caesar, memang sakit gila.

“Bila pertama kali nak jalan tadi saya menangis,” katanya.

Berkongsi lebih lanjut, Ain berkata makanan pertama yang diminta olehnya kepada suami adalah mahu Beef Wellington daripada restoran terkenal, milik cef antarabangsa, Gordon Ramsay.

“Lepas bersalin, satu benda je saya paling nak makan, saya minta kat Amirul nak beef wellington daripada Restoran Gordon Ramsay. Alhamdulillah. Suami berjaya belikan untuk saya. Terima kasih sayang,” katanya.

Sekadar info, Ain mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Amirul pada Disember 2019.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Soraya, kini berusia empat tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 27 Sep 2024
Drama Thu, 9 Apr 2026

Dorm 403 Tampil Bongkar Sisi Gelap Sekolah Asrama, Muaz Zabir Bawa Watak Penuh Trauma

Dorm 403 bersiaran selama 13 episod akan disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda, TV3.

Events Thu, 24 Oct 2019

陶晶莹来马开唱差点跟老公闹离婚?自称是大马天后

出道29年的陶晶莹去年底在台北首次举办大型售票演唱会,深受各界好评;而事隔20年她宁愿舍弃《金马奖》也要来马开唱,更自爆为大马场差点跟老公闹离婚!

Hiburan Mon, 4 Mar 2019

Selepas Satu Peluang, Andi Bernadee Tampil Dengan Lagu Baharu!

Single terbaharu Andi bakal dikeluarkan pada Mac ini, tak sabarnya!

Hiburan Tue, 6 Jun 2023
Featured Thu, 30 Oct 2025

Tiga Tahun Menanti, Keena Mentor Hamil Anak Pertama – “Saya Terpaksa Lupakan Hobi Tunggang Motosikal Berkuasa Tinggi”

Keena juga dinasihatkan oleh doktor agar lebih berhati-hati memandangkan kandungannya masih di peringkat awal.

Featured Wed, 19 Nov 2025

Nabila Razali DM Cha Eun-Woo, Ajak Kolaborasi Muzik Video Bersama 

Nabila Razali mencuri perhatian warganet apabila secara berseloroh mengajak bintang Korea Selatan, Cha Eun-woo, untuk berkolaborasi bersama dalam sebuah muzik video (MV).

error: Content is protected !!