Euforia Bola 2026
Hiburan By: Nurul Hana June 6, 2023 @ 3:18pm

Aedy Ashraf Sanggup Ke Luar Negara Demi Sokong Amelia Henderson, Ini Respons Empunya Badan….

Pelakon kacak, Aedy Ashraf menjelaskan percutiannya ke Perancis adalah untuk memberi sokongan kepada Amelia Henderson kerana bangga dengan pencapaian pelakon jelita itu.

Sebelum ini, Aedy atau nama sebenar Mohammad Addy Ashraf Rosmadi berkongsi gambar percutiannya bersama Amelia di Barcelona dan ia telah meraih perhatian dalam kalangan netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Makin Sweet! Aedy Ashraf, Amelia Henderson Curi Tumpuan Netizen Lagi – “Dating Sampai Ke Barcelona”

“Saya ke sana untuk memberi sokongan kepada Amelia sebab dia dapat jemputan menjadi host daripada TikTok untuk menemu bual semua pelakon Holywood di sana. Saya rasa tawaran itu adalah tawaran yang sangat besar bagi dia, jadi saya di sana hanya untuk sokong.

“Malangnya, saya tak jumpa seorang pun mana-mana selebriti di sana sebab saya datang lambat sikit, tapi tengok suasana sana memang best, macam mana mereka semua hargai industri filem di sana,” kata Aedy.

Aedy juga berkongsi mereka mengambil kesepatan untuk melancong di Cannes dan Barcelona.

“Alang-alang di sana, kami travel sama-sama since saya suka travel and dia pun suka travel. Tiga hari di Cannes, empat hari di Barcelona,” ujarnya lagi.

Aedy ditemui di Majlis Penjenamaan Semula Fam fries di DoplohTiga Space, Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Bercakap mengenai penjenamaan semula Fam Fries, Aedy merupakan Pengarah Pemasaran jenama itu mahu lebih fokus dalam perniagaan.

Selepas tujuh tahu bergiat dalam dunia kentang oreng, Aedy membuat keputusan untuk membuat penjenamaan semula supaya dapat meluaskan lagi bisnesnya.

Aktres lelaki berumur 29 tahun itu berharap agar perniagaanya dapat memberi inspirasi kepada usahawan muda yang lain untuk cuba menceburi bidang bisnes pada masa akan datang.

“Penampilan dan rasa kami yang diubah suai, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada usahawan muda dan merevolusikan cara rakyat Malaysia menikmati makanan segera mereka,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Hari Ini Thu, 9 May 2019

Bangga Bila Berpuasa, Tapi Hakikatnya Solat Diringan-ringankan?

Raihlah keberkatan di bulan ramadan dengan perbanyakkan solat dan doa!

Featured Sat, 31 Jan 2026

Aisyah Aziz Selamat Timang Cahaya Mata Pertama

Khabar gembira itu dimaklumkan oleh ibunya, Hafiza Basharahil

Trending Thu, 8 Mar 2018

Bumi Sabah Digegar Gempa 5.2 Skala Richter

Gempa bumi berukuran 5.2 skala Richer melanda Ranau

Trending Mon, 23 Jul 2018

Hebat! Remaja 19 Tahun Mula Jalan Kaki Ke Makkah

Sebelum ini ramai orang mengejeknya kerana didakwa kurang siuman hanya kerana ingin melakukan misi berjalan kaki, namun tidak menghiraukan kata-kata berkenaan.

Trending Sat, 9 Oct 2021

Pandelela Rinong Kini Bergelar Datuk

Ratu terjun negara, Pandelela Rinong, kini bergelar Datuk selepas dianugerahkan Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) sempena ulang tahun kelahiran ke-85 Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, hari ini. Pemenang pingat perak dan gangsa […]

Hiburan Thu, 12 Jan 2023
Hiburan Tue, 12 Feb 2019
error: Content is protected !!