Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida July 23, 2018 @ 1:54pm

Hebat! Remaja 19 Tahun Mula Jalan Kaki Ke Makkah

Bukan calang-calang orang boleh lakukannya! Apatah lagi berjalan ke negara yang beribu batu jaraknya.

Bagi remaja 19 tahun ini, dia ingin buktikan bahawa dirinya bukanlah gila apabila nekad berjalan kaki ke Makkah sejak tiga hari lalu

Kata Muhammad Yusof Abdullah, dia sudah memulakan misi berkenaan di Masjid Negara, Kuala Lumpur dan akan merentasi tujuh negara serta dijangka sampai ke Makkah pada Februari tahun hadapan.

Muhammad Yusof berkata, sebelum ini dia pernah melakukan misi berjalan kaki secara solo ke seluruh negara termasuk Sabah serta Sarawak selama lima bulan dan berakhir Mei lalu.

“Selepas melakukan misi berkenaan, saya terus berhasrat untuk berjalan kaki ke Tanah Suci Makkah pula. Saya ingin membuktikan bahawa remaja seperti saya juga mampu melakukan cabaran ‘gila’ seperti ini,” katanya ketika ditemui di Jalan Beserah, Kuantan, hari ini.

Muhammad Yusof berkata, berbekalkan RM2,000 dia akan meneruskan perjalanannya dari Pahang ke Terengganu dan Kelantan sebelum menukar beg di rumahnya di Kota Bahru, Kelantan serta seterusnya memasuki Thailand.

“Antara negara yang bakal dilalui adalah Thailand, Myanmar, Bangladesh, India, Pakistan, Iran dan Iraq. Ini adalah impian saya sejak kecil lagi untuk ke Makkah,” katanya.

Menurutnya kepada Harian Metro, antara cabaran yang bakal dihadapi sepanjang misi itu apabila melalui negara bergolak selain negara bukan Islam.

Katanya, misi itu juga nanti akan menguji ketahanan fizikal dan mental berikutan bakal berdepan cuaca panas serta sejuk di beberapa negara yang akan dilaluinya.

“Jika di negara Islam, saya akan tumpang di surau atau masjid, namun jika di negara bukan Islam saya sudah bawa khemah. Saya juga akan melakukan perjalanan pada waktu malam.

“Ini kerana pada waktu malam lebih sejuk dan tidak panas. Saya boleh berjalan dengan lebih lama lagi, pada hari siang pula saya akan berehat. Sepanjang perjalanan saya akan bawa kurma bagi memberi tenaga lebih sepanjang misi ini,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, sebelum ini ramai orang mengejeknya kerana didakwa kurang siuman hanya kerana ingin melakukan misi berjalan kaki, namun tidak menghiraukan kata-kata berkenaan.

“Saya yakin dengan niat yang betul, kita tidak peduli dengan orang sekeliling yang akan mengata kita. Namun, saya hanya berserah kepada Allah S.W.T sepanjang perjalanan ini. InsyaAllah dengan niat yang betul, saya yakin misi ini akan berjaya kelak.

“Saya juga amat mengharapkan seluruh rakyat Malaysia mendoakan saya berjaya dalam misi ini dan kembali ke tanah air dalam keadaan sihat,” katanya.

Sekembalinya dari tanah suci, Muhammad Yusof berhasrat untuk menulis buku mengenai pengalaman dirinya menempuh pelbagai cabaran semasa berjalan kaki untuk dikongsi selain memberi semangat dan pengajaran kepada orang ramai.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 22 Sep 2018

Caj Sirap Sampai RM18, KPDNKK Serbu Restoran Asam Pedas

Baru-baru ini tular apabila seorang pengguna Twitter menyebarkan gambar beserta resit air sirap yang dikenakan caj sebanyak RM18 untuk satu jag di sebuah premis makanan di Melaka Tengah.  Susulan kes ini, Kementerian Perdangan Dalam Negeri […]

Featured Fri, 17 Jun 2022
Featured Mon, 17 Apr 2023
Events Tue, 25 Mar 2025

Blood Brothers Gegar Absolut Bazaar, Peminat Teruja Bertemu Barisan Pelakon Popular

Sharnaaz terharu melihat sokongan luar biasa peminat terhadap filem ini,

Hiburan Mon, 23 Jun 2025

Dapat Sambut Bunga, Alif Hadi Beri Bayangan Bakal Berkahwin Lagi?

Alif Hadi dah temui pengganti Yasmin Hani?

Hiburan Fri, 20 Jun 2025
error: Content is protected !!