Euforia Bola 2026
Trending By: Aisyah Badrul July 7, 2020 @ 12:20pm

Belanjawan 2021: Ini 4 Tema Belanjawan Yang Bakal Diperkenalkan

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menjelaskan bahawa pendidikan, peluang pekerjaan, perlindungan sosial dan mobiliti sosial akan diberi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang bakal diumumkan kelak

Belanjawan 2021 akan dirangka merentasi empat tema utama dengan semuanya berpusat kepada pewujudan kerajaan yang lebih baik.

“Tema ini termasuk pedulikan rakyat, memacu ekonomi, kehidupan mampan dan menambahbaik penyampaian perkhidmatan awam,” katanya ketika menyampaikan ucaptama di Invest Malaysia 2020, di sini, hari ini.

Tema pertama membabitkan cakna kepada rakyat di mana matlamat pertama Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) adalah bertujuan melindungi dan memperkasakan rakyat.

“Malah, rakyat Malaysia telah menunjukkan kesungguhan untuk mewujudkan masyarakat lebih baik dan membuktikannya ketika negara mengharungi tempoh yang sukar,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, usaha seperti #KitaJagaKita menyaksikan rakyat negara ini, baik yang tua dan muda, bersepakat dan bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta syarikat untuk saling membantu rakyat yang memerlukan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 26 May 2025

“Orang Mana Utara Ke Selatan” – Ustaz Azhar Idrus Sakat Syed Saddiq, Tanya Bila Nak Hidup Berdua

UAI mengusik Syed Saddiq ketika hadir pada sebuah acara baru-baru ini.

Featured Sat, 23 May 2026

“Wanita Perlu Ada Income Sendiri” – Nadia Marni Kongsi Kepentingan Kaum Hawa Ceburi Pelbagai Cabang Perniagaan

Menurut Datuk Nadia Marni, wanita tidak boleh terlalu bergantung sepenuhnya kepada orang lain kerana kehidupan boleh berubah pada bila-bila masa.

Hiburan Sun, 1 Mar 2026

‘Takedown’ Video Bukan Sekadar Gimik, Agy Mohon Maaf Secara Terbuka Isu MV Lala Raya

Agy memohon maaf secara terbuka susulan kontroversi muzik video Lala Raya yang didakwa menyentuh sensitiviti agama.

Featured Mon, 27 Mar 2023

[VIDEO] Nabila Huda Usik Keisha Pertama Kali Sertai Sekolah Kerajaan, Ramai Titip Kata Semangat! – “Baru Awak Tahu, Seronokkan Berapa Tahun Private”

Big girl dah Keisha 😢 All the best si cantikk! ❤️ Sekejap je tu lama lama dapat sesuaikan diri ok! 💪🏻

Trending Sat, 3 Mar 2018

Tempah Uber Ketika Mabuk, Rupanya Tersalah Set Balik Rumah

Dikenakan bayaran tambang Uber sebanyak AS$1,635 (RM6,426) kerana tersalah set balik rumah iaitu kampung halaman

Hiburan Wed, 26 Mar 2025
error: Content is protected !!