Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 26, 2025 @ 3:07pm

Filem Tak Laku? Ahirine Ahiruddin Terbuka Terima Kritikan – “Beri Peluang Saya Perbaiki”

Pelakon, Ahirine Ahiruddin bersikap terbuka sekiranya filem-filem yang dilakonkannya tidak mendapat sambutan sehingga menjejaskan hasil kutipan panggung.

Ketika ditemui XTRA, Ahirine menganggap perkara tersebut berada di luar kawalannya, namun tetap berfikir positif dengan mengatakan tawaran filem itu memberi ruang untuknya melebarkan sayap sebagai anak seni.

“Orang suka atau tidak suka itu adalah subjektif. Saya akan tengok skrip sebelum saya pilih (naskhah) dan juga untuk pemilihan dibuat untuk pendedahan saya dalam lakonan.Macam mana kita nak perbaiki diri kalau tidak mencuba?

“Jadi saya terima apa-apa cabaran atau apa-apa cacian yang dilemparkan. Yang mana saya boleh perbaiki, saya akan perbaiki. Bagi saya, kalau dah diberikan tanggungjawab saya akan cuba sebaik mungkin,” kataya.

Ahirine berkata demikian ketika ditemui di tayangan perdana filem Raya Emas: Salako Sacred Tressure yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur pada Isnin.

Mengulas lebih lanjut, aktres filem Tebus ini bagaimanapun tidak berkecil hati dan menerima kritikan penonton seadanya, malah segala komen tersebut menyuntik semangat dalam dirinya memperbaiki lakonannya itu.

“Saya tidak pernah berputus asa, kalau rasa ‘down’ itu semua memang normal tapi kita kena tahu apa kesilapan kita untuk lebih berusaha memperbaiki semuanya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahirine bakal muncul dalam filem Raya Emas: Salako Sacred Treasure yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam pada 3 April 2025.

Selain Ahirine, filem ini turut dibintangi oleh Nina KSC, Winsoon Voon dan Dunstun Luther Junior menceritakan tentang sebuah harapan, keberanian dan penebusan.

Menggabungkan elemen pengembaraan, mistik, dan keindahan alam Sarawak, filem penerbit Winson Voon dijangka akan menemui peminat pada 3 April depan di 20 pawagam termasuk di Sabah dan Sarawak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 Aug 2018
Featured Mon, 27 Apr 2026

Kamal Adli Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Anak – “Maaf Ayah Tak Ada Dekat Sini, Cari Rezeki Jauh Sikit Allah Bagi”

Kamal Adli menitipkan ucapan hari lahir sempena ulang tahun anaknya yang kedua menerusi hantaran di media sosial miliknya baru-baru ini.

Hiburan Sat, 27 Apr 2019

Jom Karaoke Lagu ‘Aduh’ & Menang RM 1000!

Penyanyi Zamani melancarkan kempen #AduhZamaniKaraoke bersempena dengan single terbaharunya, Aduh yang kini berada di seluruh cawangan Red Box, Green Box atau Red Box PLUS Karaoke di seluruh Malaysia. Menerusi sebuah kenyataan media, penyertaan amat mudah […]

Featured Wed, 1 Feb 2023
Hiburan Sun, 30 Mar 2025

Awie Sambut Aidilfitri Sederhana, Anak-Anak Beraya Bersama Ibu Masing-Masing – “Tahun Ni Rumah Terasa Kosong…”

Awie sambur Hari Raya Aidilfitri secara sederhana bersama dua anak-anak kecil

Featured Tue, 9 May 2023
Featured Thu, 13 Mar 2025

“Saya Tak Nak Kahwin Dah” – Mahu Fokus Jaga Anak, Ridzokumura Anggap Tiada Yang Layak Ganti Tempat Arwah Isteri

Pempengaruh dan usahawan popular, Ridzokumura menegaskan, Allahyarham isterinya, Akiko Okumura adalah seorang isteri dan ibu yang terbaik.

Trending Tue, 9 Jul 2019

“Sis Memang Idola”- Kenapa Gadis Ini Digelar Phoenix Malaysia?

Kecil-kecil cili padi tetapi di gelanggang ‘cili’ berbisa..

Hiburan Mon, 31 Jul 2023
error: Content is protected !!