Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syafiqa Irdina November 19, 2019 @ 5:59pm

Siapa Pelakon K-Drama Full House Bakal Kahwini Usahawan Tahun Hadapan?

Siapa yang masih ingat lagi dengan drama bersiri Korea popular berjudul Full House? Salah seorang pelakon dalam drama tersebut baru-baru ini mengumumkan bakal berkahwin dengan seorang usahawan pada Januari depan.

Han Da Gam merupakan pelakon yang terkenal dengan watak-watak antagonis terutamanya di dalam drama KBS Full House dengan memegang watak Kang Hye Won, drama bersiri popular ini turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Song Hye Kyo dan Rain.

 

Watak Kang Hye Won Dalam Full House

 

Menurut agensi kepada aktres berusia 39 tahun itu iaitu BB Entertainment, wakil agensi berkenaan telahpun mengeluarkan kenyataan bahawa Da Gam bakal berkahwin dengan kekasihnya di Seoul pada 5 Januari, 2020. 

“Majlis perkahwinan juga akan diadakan secara tertutup dan kami berharap peminat memahaminya, seterusnya memberi restu kepada Han Da Gam. Kami berterima kasih kepada peminat yang selama ini tidak putus memberi sokongan kepada Han Da Gam.” tambah wakil agensi tersebut.

Dalam perkembangan lain, aktres ini juga dilaporkan akan meneruskan kerjaya lakonannya dengan membintangi drama terbaru melalui channel JTBC bertajuk “Touch” bersama Joo Sang Wook dan Kim Bo Ra tidak lama lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 21 Mar 2023
Hiburan Tue, 26 Jun 2018

Wow! Fasha Sandha Cium Dan Peluk Erat Aidil Aziz?

Kalau nak tahu apakah sebenarnya status sebenar Fasha Sandha dan Aidil Aziz bolehlah baca artikel kami!

Featured Sat, 30 Sep 2023
#LaguXTRA Thu, 23 Feb 2023
Hiburan Sat, 3 Feb 2024
Hiburan Thu, 7 Mar 2019

DFKL 2019! Kenapa Korang Patut Layan Telemovie Resort Berhantu

Siapakah mayat yang ditemui? Benarkah itu sebenarnya mayat Rosalinda? Ataupun ini merupakan “balas dendam” daripada Rosalinda? Sama-sama kita saksikan telemovie menarik ini!

error: Content is protected !!