Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 11, 2023 @ 5:58pm

[VIDEO] “Mungkin Saya Tak Beri Layanan Sama Rata, Muka Ketat.. Jadi Orang Salah Faham,” – Dilabel Sombong, Nad Zainal Akui Sudah Lali

Pelakon versatil, Nad Zainal tampil memberi respons isu dirinya didakwa sombong oleh segelintir pihak selepas tular sebuah video bersama suaminya, Ungku Ismail ketika berada di ekspo raya Putrajaya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Disapa Peminat, Netizen Dakwa Nad Zainal, Ungku Ismail Beri Reaksi ‘Kekwat’? – “Senyum Pun Tidak”

Menerusi video siaran langsung di TikTok, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin menafikan dakwaan tersebut dan mengakui perkara terjadi juga disebabkan oleh kekhilafan dirinya.

Jelas Nad lagi, dia seakan sudah lali dengan kontroversi tersebut kerana dakwaan itu adalah tidak benar dan lebih memilih untuk memberi tumpuan sepenuhnya kehadapan.

Tambah aktres drama rantaian Harith Fayyadh ini, ketika berada di ekspo tersebut dia melayan peminat sama rata dan boleh mengambil gambar bersama.

“Hal sombong-sombong ni saya dah tak nak fikir. Untuk diri saya sendiri, saya rasa mungkin ada orang yang tak menerima layanan sama rata macam orang lain.

“Sebab masa dekat event tu mood saya sangat happy, tak ada masalah. Ada je yang kata saya ok, ada yang kata tak. Jadi pada saya semua orang lain-lain.

“Kadang-kadang, mungkin silap saya la juga kot. Muka saya ketat ke apa jadi orang salah faham. Mungkin juga dalam sedar tak sedar saya tidak memberi layanan sama rata kepada semua orang.

“Ya Allah jangan la bagi orang kata aku sombong lagi. Aku rasa bibir aku dah keras senyum haritu. Tapi tak apa, kita lupakan. Move forward.

“Yang saya tahu saya jumpa orang selfie, saya happy je. Saya dah penat,” katanya.

Sebelum ini, timbul dakwaan mengatakan aktres berkaliber itu sombong bersama peminat, namun Nad menepis dengan berkata dia tidak perasan individu tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “How I Wish Attitude Akak Secantik Muka” – Dianggap Sombong, Peminat Luah Rasa Kecewa… Ini Respons Nad Zainal

ARTIKEL BERKAITAN: “Baru Kahwin, Cepatnya…” – Netizen Dakwa Nampak ‘Baby Bump’, Ini Jawapan Nad Zainal

Kredit: Selebriti Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 18 Sep 2022
Hiburan Mon, 23 Sep 2019
Events Wed, 18 Mar 2020

[TERKINI] Penangan Covid-19 Bukan Penyebab Laungan Azan Dihentikan

Allahuakbar, semoga negara Malaysia sentiasa dilindungi

Hiburan Sun, 10 Jun 2018

Terserahlah…Janna Nick Tak Kisah Dah

Saya tahu tidak semua boleh menerima cara saya, namun terserah kepada penilaian mereka…Saya tidak melatah.

Featured Thu, 11 Feb 2021
Events Thu, 9 Sep 2021

Peminat ‘ARMY’ Teruja, BTS Pop Up Store Pertama Di Malaysia Mula Dibuka 8 September Di 1 Utama

Kekecewaan para peminat kumpulan K-Pop  nombor satu, Bangtan Sonyeondan (BTS) yang terpaksa membatalkan konsert jelajah Map Of The Soul 7 akibat COVID-19 kini terubat apabila BTS Pop Up Store Showcase dibuka di One Utama mulai […]

Events Fri, 28 Feb 2025

Raut Wajah Kelihatan Sugul, Ibu Allahyaham Zulfarhan Terkilan – “Kami Tahu Arwah Tak Salah”

“Jika mereka (tertuduh) datang minta maaf, saya sedia maafkan tapi…” – Ibu Zulfarhan

Hiburan Fri, 27 Oct 2023

Isu Langgar Kontrak, Amelia Henderson Tak Perlu Bayar RM200,000 Kepada A Aida

Mahkamah perintah Amelia bayar ganti rugi nominal RM10,000!

error: Content is protected !!