Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida June 10, 2018 @ 6:17pm

Terserahlah…Janna Nick Tak Kisah Dah

Seiring dengan peningkatan umur ke 23, pelakon dan penyanyi Janna Nick menyatakan hasrat dirinya untuk berubah.

Sebelum ini, Janna mengaku agak lantang bersuara jika dia dihentam di media sosial

“ Saya berazam untuk tidak lagi lantang. Tetapi dalam masa sama saya tak sanggup menjadi ‘plastik’ atau berpura-pura hanya bimbang tak disukai.

“ Saya harap orang luar di sana dapat terima kelebihan dan kekurangan diri ini,” katanya kepada BH Online.

Janna yang kini meledak dengan lagu Akan Bercinta berkata, setiap teguran yang diterima akan cuba diperbaiki demi kebaikan diri sendiri.

” Selalu dihentam dan ditegur, tetapi saya tidak melatah. Apa yang baik saya terima.

“ Jika rasa bersalah, saya akan cuba perbaiki kesilapan itu. Saya tahu tidak semua boleh menerima cara saya, namun terserah kepada penilaian mereka.

“Sama ada mahu menyokong kerjaya atau hanya ingin mencari kesilapan saya biarpun sebesar zarah, itu terserah. Saya tiada mempunyai kuasa untuk membuatkan semua pihak sayang dan selesa. Saya tidak mahu tertekan memikirkan pandangan orang lain.

“Ada baiknya saya memberikan perhatian kepada mereka yang ikhlas menyayangi. Secara jujur, sudah lebih enam bulan saya membiarkan netizen ‘membawang’ apa sahaja mengenai diri. Apa juga yang mereka katakan, saya tidak layan,” katanya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 13 Apr 2018

‘Doa Buat Kekasih’ Rai Ulang Tahun ke 30 Dengan Konsert Jelajah

Datuk Ramli Sarip dan Datuk Khatijah Ibrahim ketika ditemui di sidang akhbar di Istana Budaya memberitahu idea untuk mengadakan konsert ulang tahun ini tercetus pada tahun lalu.

Featured Sun, 14 Aug 2022
Hiburan Mon, 30 Dec 2019
Featured Sun, 25 Sep 2022
Featured Tue, 23 Jun 2026

Liza Hanim Trauma Imbas Insiden Memalukan, Gagal Tahan Sebak Dilabel Tak Cantik  – “I Am Aware Saya Bukan Beauty Standard”

Liza Hanim mengakui pernah berdepan dengan pelbagai cabaran di awal penglibatannya dalam industri seni tanah air termasuk pernah dibandingkan dengan penyanyi popular, Datuk Seri Nurhaliza.

Featured Thu, 1 Sep 2022
Trending Hari Ini Wed, 10 Jun 2020
error: Content is protected !!