Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 23, 2026 @ 6:13pm

Liza Hanim Trauma Imbas Insiden Memalukan, Gagal Tahan Sebak Dilabel Tak Cantik  – “I Am Aware Saya Bukan Beauty Standard”

Penyanyi Liza Hanim mengakui pernah berdepan dengan pelbagai cabaran di awal penglibatannya dalam industri seni tanah air termasuk pernah dibandingkan dengan penyanyi popular, Datuk Seri Nurhaliza.

Kata Liza menerusi temu bualnya bersama audio siar, Kita Kita Aje! yang dihoskan oleh pengacara popular, Datuk Aznil Hj Nawawi, situasi itu sedikit sebanyak memberi tekanan buat dirinya.

“Betul, bayangkan lah masa tu saya baru sahaja lepas SPM, kita pula memang suka menyanyi tetapi awal-awal lagi dah kena.

“Kita datang dengan bakat kita tetapi disamakan pula Dengan Siti. Memang saya down pada ketika itu. Tetapi saya positif kerana itu adalah fasa menjadi seorang anak seni,” katanya.

Jelasnya, di usia yang masih muda, dia tidak tahu berdepan dengan kritikan dan perbandingan yang dibuat terhadapnya.

“Macam mana nak tepis? Masa tu saya sendiri tak tahu nak tepis sebab saya terlalu muda masa tu dan masuk dalam industri ni dengan tak ada apa-apa ilmu kecuali semangat dan suka/cinta pada bidang nyanyian.

“Meskipun saya mendapat banyak tawaran tapi saya akui saya down sehinggalah saya berjumpa dengan idola saya, Fauziah Latiff. Dia kata ‘tolak je tepi, jalan je terus. Just ignored” ulasnya.

Mengulas lanjut, pelantun lagu Gelisah Mimpi itu mendedahkan, dia pernah berdepan dengan insiden yang dianggap sebagai ‘memalukan’ dirinya apabila seorang pengacara secara terang-terangan melabelnya sebagai tidak cantik sekali gus ia meninggalkan luka terhadap dirinya.

“Ada satu insiden ni, pada masa tu saya berumur lingkungan 20-an, saya ada join satu program televisyen. Dia ada jemput artis-artis lain juga.

“Masa tu host yang sepatutnya jalankan program itu tidak start lagi. Ketika itu saya duduk dengan artis yang lain dan kemudian host tu melawak, dia kata ‘Harini ramai artis yang datang, ada yang cantik… ada yang tak cantik”… I am aware saya bukanlah beauty standard. Itu yang saya katakan saya berpegang pada bakat saya.

“Tetapi bila saya ditujukan dengan perkataan itu di depan muka saya rasa macam ‘Apa Ni?’. Benda-benda macam tu lah yang jadi parut Pak Nil. Jadi bila jadi parut, dia buatkan saya sentiasa doubt myself.

“Masa tu saya malu. Dekat dalam studio tu ada 100 orang mana saya nak letak muka saya. Saya sangat hormat orang dan sehingga sekarang, kalau ada masalah saya malas nak cakap.

“Saya sedar, saya bukanlah beauty queen. Kalau letakkan saya sebaris dengan penyanyi seangkatan saya, kalau dinilai dari rupa paras, saya jauh. Dan kerana itu, saya bekerja supaya orang ingat saya kerana bakat. Kerana itu yang akan membuatkan kita diingati.

“Tetapi still entertainment world is very vain. Tetap memang ada terperosok dalam hati. Saya sedikit trauma dengan insiden itu,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 6 Oct 2022
Hiburan Fri, 8 Nov 2019
Featured Wed, 9 Jul 2025

“Reels & Video Islamik Adalah Sumber Kekuatan” – Neelofa

Mungkin boleh follow tips Lofa ni okay!

Featured Fri, 31 Mar 2023

Selepas Pulang Umrah Bersama, Shuk Sahar & Rossa Sera Sah Bercerai

Semoga urusan mereka berdua dipermudahkan

Hiburan Sat, 11 Jan 2020
Featured Sat, 24 Aug 2024
Events Thu, 15 Nov 2018
Trending Thu, 17 Jun 2021

Selamat Bersalin 16 Mei Lalu, Miera Leyana Belum Bersedia Kongsi Wajah Anak

Pelakon Miera Leyana selamat melahirkan bayi sulungnya pada 16 Mei lalu. Memaklumkan khabar terbabit selepas sebulan melahirkan cahaya mata, Miera tidak berniat untuk menyembunyikan berita gembira ini. “Saya lebih selesa untuk memberikan fokus kepada proses […]

Hiburan Wed, 21 Jan 2026
error: Content is protected !!