Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir March 31, 2023 @ 5:22pm

Selepas Pulang Umrah Bersama, Shuk Sahar & Rossa Sera Sah Bercerai

Pelawak dan pengacara Shuk Sahar akhirnya mengesahkan sudah bercerai dengan isterinya, Rossa Sera.

Memetik laporan mStar, Shuk atau nama sebenar Mohammad Shukri Mohamed Sahar melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 22 Mac lalu.

Menurut Shuk, keputusan tersebut sudah dipersetujui selepas mereka pulang daripada mengerjakan ibadah umrah awal tahun ini.

“Betul kami telah sah bercerai pada 22 Mac lalu dengan talak satu.

“Selepas pulang umrah bersama, kami duduk berbincang, bercakap secara elok dan membuat keputusan untuk bercerai. Kami berpisah dengan baik,” jelasnya.

Meski tiada lagi ikatan, mereka tetap akan menjalani hubungan baik demi dua orang cahaya mata mereka.

Malah, Shuk menjadikan perceraian ini sebagai satu pengajaran buat dirinya untuk menjadi seorang lelaki yang lebih baik di masa akan datang.

“Sekarang ini saya hanya fokus kepada anak-anak sahaja. Mereka (anak-anak) tinggal di Sabah bersama ibu Sera sebab anak yang sulung sudah mula sekolah darjah satu.

“Apa yang berlaku ini menjadi teladan buat saya memperbaiki diri. Selama ini kita cuba cari haluan masing-masing untuk perbetulkan diri sendiri.

“Semoga saya akan menjadi orang yang lebih baik di masa akan datang,” ujarnya.

Perkembangan terkini, Shuk semakin reda dan tenang menghadapi ujian dan mahu memberikan tumpuan kepada perniagaan produk kecantikan di aplikasi TikTok.

“Saya okey sahaja! Teruskan berniaga dan jika ada tawaran untuk berlakon nanti saya akan terima. Buat masa sekarang memang aktif berniaga di TikTok,” katanya.

Untuk rekod, Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 7 dan Nur Assyifatu Aimi, 4.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 20 Dec 2023

Hilang Upaya Kawal Otot, Kesihatan Celine Dion Makin Merosot

Semoga Celine Dion cepat sihat! Nanti boleh beraksi di pentas semula…

Featured Fri, 20 Jan 2023

Mohon Maaf Atas Segala Kesalahan, Fasha Sandha & Suami Berangkat Ke Makkah Tunai Umrah

Pelakon cantik Fasha Sandha bersama suaminya, Aidil Aziz berkongsi hantaran di Instagram bakal berangkat ke Tanah Suci Makkah.   View this post on Instagram   A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) Menerusi perkongsian Fasha, […]

Hiburan Sat, 31 Mar 2018

Artis Bawa Grab, Kenapa Nak Malu?

“Tiada apa yang hendak dimalukan kerana saya hanya mencari rezeki. Selagi rajin berusaha, Insya-Allah dipermudahkan. Kerjaya seni saya juga masih hijau dan belum ada jaminan,” katanya.

Hiburan Sun, 19 May 2024
Trending Thu, 25 Jun 2020
Events Tue, 12 Mar 2019

’Nak Nampak Serasi Dalam Drama Tak Perlulah Sampai…’- Ayda Jebat

Jangan lupa saksikan drama Asalkan Dia Bahagia bermula jam 7 malam setiap Isnin-Khamis hanya di TV3!

Featured Mon, 12 Jan 2026

Penangan Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza, Netizen Minta Noh Salleh ‘Remake’ Lagu Kau Mawarku

Netizen menyuarakan harapan agar Noh Salleh tampil membuat versi ‘remake’ lagu ikonik, Kau Mawarku bersama Biduanita Negara itu.

error: Content is protected !!