Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 8, 2024 @ 4:54pm

“Saya Yakin Dia Kuat” – Hubungan Kekal Sebagai Rakan Baik… Aedy Ashraf Harap Amelia Henderson Menang Kes Saman Penulis Skrip Drama

Pelakon, Aedy Ashraf berharap agar urusan kes saman membabitkan penulis skrip bagi sebuah drama terhadap bekas kekasihnya, aktres Amelia Henderson akan dapat diselesaikan secara baik.

Ketika ditemui XTRA, Aedy atau nama sebenarnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 30, berkata dia mendoakan yang terbaik Amelia agar keadilan berpihak kepadanya.

“Saya tahu mengenai perkara itu dan kami masih bercakap (mengenai isu itu) sebagai seorang kawan. Pada saya, sentiasa mendoakan yang terbaik buat Amelia.

“Bagi saya isu itu tak patut sebab dia dah menang dah pun kes itu cuma tak tahulah apa yang berlaku sampaikan pihak sana nak saman sekali lagi.

“Saya tak ada nak cakap apa-apa cuma saya harap kemenangan dan keadilan akan berpihak kepada Amelia,” katanya.

Mengakui simpati terhadap Amelia, aktor Kisah Cinta Kita ini bagaimanapun yakin bekas kekasihnya itu mampu mengharungi ujian ini.

“Apabila sesuatu perkara yang tidak diingini dan perkara-perkara yang tak dapat nak dielak seperti ini berlaku, sudah tentu saya berasa simpati dengan Amelia.

“Tetapi saya tahu, dia adalah seorang wanita yang sangat kuat dan cekal untuk menghadapi segala apa yang terjadi ketika ini.

“Dan saya yakin, satu Malaysia sedang mendoakan segala urusan dia dipermudahkan,” tuturnya lagi.

Aedy berkata demikian ketika ditemui dalam satu acara filem kegemaran ramai di Six In The City, Petaling Jaya, semalam.

Mengulas mengenai status hubungan mereka, Aedy bertegas dia dan Amelia masih berkawan rapat malah terbuka untuk menjalinkan kerjasama sekiranya diberi peluang.

“Kami masih berkawan seperti biasa dan tiada masalah untuk saya bekerjasama dengan Amelia di masa akan datang,” akhirnya.

Sekadar info, penulis skrip drama Sekali lagi Cinta Kembali, Rehal Nurharis memfailkan saman terhadap Amelia selepas proses mediasi pada Rabu lalu gagal mencapai kata sepakat membabitkan syarat penyelasaian.

Susulan itu, kes saman akan diteruskan dengan perbicaraan yang akan bermula 6 dan 7 Februari 2025.

Artikel Berkaitan: Tak Akan ‘Get Back’, Amelia Henderson Ambil Pengajaran Putus Cinta Dengan Aedy Ashraf – “Saya Akan Lebih Berhati-Hati”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 10 Jul 2023

“Nak Kurus Kena Usaha, Bukan Tabur Fitnah”- Hafiz Suip

Kesian Hafiz tak pasal-pasal kena fitnah🥴

Hiburan Wed, 13 Nov 2019

Meghan Markle Hamil Anak Kedua?

Wah, kalau betul apa salahnya kan?

Filem Thu, 1 Jan 2026

“Tolong Jangan Tinggalkan Saya”- Rayuan Kanak-Kanak G*za Bergema, Teaser Filem ‘The Voice of Hind Rajab’ Buat Ramai Terkedu

Primeworks Studios curi tumpuan dengan teaser 15 saat The Voice of Hind Rajab yang memilih sunyi dan satu suara kecil yang merayu, tanpa visual sensasi atau muzik dramatik

Featured Thu, 11 Dec 2025

“Saat Siram Tanda, Hujan Turun Dengan Renyai”- Shaheizy Sam Kongsi Detik Mengharukan Saat Bung Moktar Dikebumikan

Sam berkongsi suasana ketika berada di tanah perkuburan yang disifatkan penuh ketenangan

Featured Tue, 28 Feb 2023
Contest Fri, 21 Dec 2018

#xtra好康头 | 送你去看《2019张韶涵「旅程」云顶演唱会》

一起重温青春记忆的美好! #xtra好康头 送你去看《2019张韶涵「旅程」云顶演唱会》

Featured Mon, 25 Mar 2024

Artis Veteran Pukul Abang Ipar Guna Batang Besi Direman 4 Hari

Alamak, siapakah gerangan artis veteran merangkap komposer itu???

error: Content is protected !!