Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 20, 2024 @ 3:10pm

Tak Akan ‘Get Back’, Amelia Henderson Ambil Pengajaran Putus Cinta Dengan Aedy Ashraf – “Saya Akan Lebih Berhati-Hati”

Pelakon dan pengacara, Amelia Henderson menegaskan dia tidak akan kembali bercinta dengan aktor, Aedy Ashraf.

Mengakui masih berkawan namun tidak rapat seperti selalu, Amelia berkata dia dapat pengajaran daripada terlerainya kisah cinta bersama Aedy.

“Selepas ini ada kemungkinan tak untuk korang get back? Tidak.

“Pengajaran yang saya belajar daripada hubungan ini adalah macam mana kita sayang seseorang ataupun nak membantu seseorang dalam perjalanan kehidupan dia, kadang-kadang orang itu perlu bertumbuh pada waktunya sendiri.

“Dan kadang-kadang awak perlu melepaskan seseorang supaya mereka boleh tumbuh dalam keadaan lebih sihat walaupun kami tidak lagi bersama,” katanya.

Amelia Henderson

Sementara itu, aktres drama rantaian Kisah Cinta Kita ini memaklumkan dia akan lebih berhati-hati dalam kisah percintaan.

“Mungkin saya akan lebih berhati-hati untuk masa akan datang. Saya ingat saya dah cukup berhati-hati selama ini.

“Tapi semestinya dalam kehidupan ini untuk saya pun mesti akan ada cara untuk kita improve diri sendiri,” katanya lagi.

Sebelum ini, Amelia dalam satu perkongsian siaran langsung di TikTok memaklumkan dia dan Aedy sudah putus cinta.

Imbas kembali, pada Mac tahun lalu Aedy membuat kejutan apabila dia melamar Amelia untuk menjadi kekasih hatinya secara terbuka di sebuah acara di Bukit Jalil.

Artikel Berkaitan: “Amelia Henderson Orang Yang Tepat, Cuma Masa Tak Sesuai“ – Aedy Ashraf

Artikel Berkaitan:  Amelia Henderson, Aedy Ashraf Kini Kawan, Dah Tak Rapat Macam Dulu – “Mungkin ‘Timing’ Tu Tak Sesuai”

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 5 Nov 2018

Pasangan Kekasih Maut Tergelincir Dari Ketinggian 245 Meter Ketika Berswafoto!

Bagaikan kisah Romeo dan Juliet, menemui ajal bersama…sedihnya!

Featured Thu, 8 Feb 2024

Dakwaan Kahwin Lari Di Songkhla Tular, Marissa Dania ‘Unfollow’ Norman Hakim & Abby Abadi?

Serius lah??? Jangan ketepikan mak bapak demi cinta . Susah nanti! 😤

Trending Tue, 13 Aug 2019
Trending Wed, 4 Apr 2018

Peminjam Lunas Hutang, PTPTN Berjaya Kutip RM 1.84 bilion

“Ini merupakan kesan positif daripada tindakan menyenarai hitam peminjam yang lalai membayar pinjaman. Ia jelas menunjukkan tindakan tersebut bukan untuk menindas tetapi mendidik peminjam supaya mereka lebih berintegriti dan bertanggungjawab membayar hutang,” katanya.

Hiburan Wed, 3 Oct 2018

Lepas Gong Nekara, Duo Popular Ini Bakal Duet Dengan ‘Sifu’

Siapa agaknya eh ‘sifu’ yang dimaksudkan? Hurm…sama-sama kita tunggu. Single itu bakal ke udara berkemungkinan awal tahun depan. Tak sabarnya!

Featured Tue, 4 Oct 2022

“Boleh Cop Jadi Menantu” – Netizen Usik Elfira Loy Supaya Berbesan Dengan Mira Filzah

Wahh kecil-kecil lagi dah dijodohkan 😅 Comel betullah Amir dengan Aria ni! 😍

Featured Tue, 23 Sep 2025

Bapa Amir Raja Lawak Meninggal Dunia

Amir memaklumkan perkara itu menerusi platform media sosialnya pada pagi Selasa.

error: Content is protected !!