Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 23, 2025 @ 11:02am

Bapa Amir Raja Lawak Meninggal Dunia

Bapa kepada pelakon dan pelawak,  Amir Raja Lawak iaitu Azmi Mat Deris dilaporkan menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian pada Selasa.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Amir menerusi hantaran di Facebook miliknya.

“Assalamualaikum. Innalillahiwainnailaihirojiun. Dukacita dimaklumkan abah saya Azmi (Abe Mie USM) telah menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi di HUSM Kubang Kerian.

“Apa-apa urusan saya akan bagitahu balik dekat facebook ini ya.

“Semoga abah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman, beramal soleh, solehah, dan ahli syurga. Aamiin,” tulisnya.

Dalam pada itu, Amir memaklumkan, urusan pengkebumian Allahyarham bapanya akan dijalankan seawal pukul 9 pagi di Masjid Desa Rahmat dan akan dibawa ke tanah perkuburan Tok Kenali, Kubang Kerian usai solat jenazah dilaksanakan.

“Jenazah arwah abah saya akan disembahyangkan pada pukul 9 pagi di masjid Desa Rahmat, kemudian akan terus di bawa ke tanah perkuburan Tok Kenali, Kubang Kerian,” kongsinya.

Mengulas lanjut, Amir sempat menzahirkan rasa terima kasih kepada semua pengikutnya yang tidak putus-putus mendoakan arwah bapanya.

“Terima kasih banyak-banyak pada yang mendoakan dan menghadiahkan bacaan al-fatihah buat arwah abah saya,” jelasnya.

Sebelum ini, Amir mendedahkan, keadaan bapanya kini sedikit membimbangkan kerana air kencingnya juga berdarah disebabkan luka.

Justeru,  dia memerlukan wang hasil titik peluhnya bagi membiayai kos rawatan bapanya yang menghidap sakit kanser usus.

ARTIKEL BERKAITAN:Bapa Makin Uzur, Amir Raja Lawak Rayu Stesen Televisyen Lunaskan Bayaran Hutang

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Raja Lawak Dedah Keadaan Bapa Membimbangkan – “Saya Yakin Allah Tak Uji Lebih Dari Kemampuan”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 25 Jul 2019

4 Tabiat Ibu Bapa Yang Boleh Menghalang Kreativiti Anak-Anak

Mula jadikan rumah dan diri anda sebagai salah satu persekitaran yang boleh menyokong kreativiti anak anda

Featured Fri, 17 Mar 2023
Hiburan Fri, 2 Nov 2018

Afgan Kecewa Dengan Kekasih?

Haa, jangan kecewa lagi sama Mbak Rossa ya Gan?

Hiburan Wed, 19 Sep 2018

Kenapa Ariana Grande Tak Muncul Di Anugerah Emmy 2018?

Pihak pengurusan Ariana memberitahu bukan hanya Ariana tidak dapat hadir ke anugerah Emmy malah kekasihnya, Pete Davidson juga… Sabarlah ya, Ariana!

Featured Thu, 26 Jan 2023
Hiburan Mon, 19 Jun 2023
error: Content is protected !!