Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 9, 2025 @ 4:15pm

Amir Raja Lawak Dedah Keadaan Bapa Membimbangkan – “Saya Yakin Allah Tak Uji Lebih Dari Kemampuan”

Pelawak dan pelakon, Amir Raja Lawak berkongsi perkembangan terkini bapanya yang dijadualkan akan melakukan pembedahan sekali lagi akibat kanser usus.

Kata Amir, keadaan bapanya kini sedikit membimbangkan kerana air kencingnya juga berdarah disebabkan luka.

“Hari ini doktor akan buat sekali lagi pembedahan abah saya, yang mana ini adalah yang kedua selepas pembedahan pertama sebulan yang lepas.

“Beg kencing tadi keluar darah sebab ada luka, dan abah letih dan tak larat sebab lapar, kena berpuasa sekejap sebelum operation,” katanya.
Mengulas lanjut, Amir memaklumkan bapanya juga akan bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malah, bapanya sempat berpesan  agar tidak menitiskan air  mata dan menjadi lelaki tabah sertatidak menangis dihadapan Perdana Menteri.

“Abah saya tahu hari ini saya akan bertemu Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.  Dia pesan ‘ Amir jangan menangis depan PM, orang lelaki kena gentleman, kena kuat ‘

“Inshaa-Allah saya kuat, apa yang datang saya hadap. Sekarang adalah hari saya, yang ada sekarang adalah ujian buat saya, alhamdulillah.
“Saya percaya dan yakin Allah tak uji lebih dari kemampuan hamba-Nya.
“Semoga abah kuat semangat, terus kuat untuk lawan sakit penyakit yang dihidapi, semoga pembedahan abah berjaya dengan baik, dan abah cepat kembali pulih, sihat seperti biasa, seperti sediakala,” jelasnya.
Perkara itu dikongsi Amir menerusi hantaran yang dimuat naik di platform Facebook miliknya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 14 Jun 2018

Amylea Azizan Kembali Lebih Menyengat

Turut diakui oleh ramai rakan artis bahawa duet nyanyian Amylea dan Kaer ini juga merupakan satu fenomena

Featured Wed, 11 Sep 2024
Hiburan Wed, 3 Jun 2026

“Selamanya Manja Dari Kecil” – Noniswara Imbau Kembali Keadaan Erysha Emyra ‘Rapuh’ Di Hospital, Hilang Selera Hingga Perlu Dipaksa Makan

Noniswara berkata Erysha seorang anak yang manja dan sentiasa disuap makan oleh keluarga tersayang. 

Hiburan Tue, 26 Jun 2018

Baru Kenal Tiga Bulan, Baim Wong Nekad Lamar Kekasih!

Pelakon kacak ini tidak menunggu waktu lama untuk menyunting Paula Verhoeven. Selamat Pengantin Baru, Baim dan pasangan. Memang cantik bakal isteri Baim, tahniah!

Trending Sun, 11 Sep 2022
Acara Wed, 27 Jun 2018

‘Pulang’ Rapatkan Semula Hubungan Remy Ishak Dengan Bapa

Pulang sedarkan Remy Ishak tentang pengorbanan seorang bapa yang perlu dihargai.

Featured Wed, 18 Aug 2021

Kes Saman Siti Nordiana: Peguam Syura, Lan Solo & Isteri Mahu Bincang Luar Mahkamah

Kes saman melibatkan penyanyi Siti Nordiana atau Nana terhadap rakan artis Syura Badron, Lan Solo dan isteri, Nur Sheila Hassim serta dua lagi individu masih belum menemui jalan penyelesaian. Terdahulu, Nana telah menuntut permohonan maaf […]

Hiburan Wed, 24 May 2023
error: Content is protected !!