Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari January 10, 2024 @ 10:07pm

Dahi Anak Benjol & Pipi Lebam, Shila Amzah Beri Pesanan Buat Netizen – “Dia Lasak, Jangan Cakap Kami Tak Pandai Jaga Anak!”

Penyanyi popular, Shila Amzah memuat naik sebuah video menjelaskan tentang benjolan yang terdapat pada dahi anaknya, Seth Uwais, 5.

Menerusi hantarannya di Instagram Stories (IGS), Shila menyatakan bahawa benjolan yang terdapat pada dahi anaknya itu kerana anaknya seorang yang lasak di sekolah.

Malah, dia juga membidas kenyataan warganet yang mendakwanya tidak pandai menjaga anak kerana terdapat kesam lebam dan benjolan tersebut.

Dalam pada itu, pelantun lagu Khilaf Asmara ini turut meluahkan rasa syukur yang anaknya aktif dan sihat.

“Nanti nampak dalam video Seth ada benjol dekat dahi bukan pasal mama (Shila) dengan papa (Ubai) tak reti jaga Seth. Dia budak lelaki, pergi sekolah memang ada lebam dekat pipi, lebam dekat kaki. Terhantuk, lebam kat tangan. Fight fight dengan budak.

“Jadinya, untuk yang berkenaan jangan nak cakap Sha dengan Ubai tak pandai jaga anak pulak okay. Biasalah anak lelaki kan lasak. Yang paling penting dia aktif dan sihat Alhamdulillah. See he is happy,” kata Shila.

Sebelum ini, Shila turut berkongsi momen hari pertama menghantar anaknya itu pergi ke sekolah.

Artikel Berkaitan: Shila Amzah Kongsi Momen Hari Pertama Anak Masuk Sekolah, Warganet Dakwa Bekas Suami Tak Pernah Jenguk Anak?

Untuk rekod, Shila pernah berkahwin dengan Haris Edraki Elias namun bercerai pada April 2018.

Hasil perkongsian hidup, dia dikurniakan anak lelaki iaitu Seth Uwais.

Kemudian, Shila mendirikan rumah tangga kali kedua dengan Ubai MZ pada 4 Ogos 2023.

Artikel Berkaitan: Netizen Dakwa Nampak ‘Baby Bump’, Ini Jawapan Shila Amzah! – “Kita Tak Payah Nak Cakap Pasal Badan Wanita”

Artikel Berkaitan: Ubai MZ Umum Shila Amzah Kini Sedang Hamil

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 29 Jan 2019

‘Saya Tidak Sempurna’, Selepas Emma Maembong, Syed Abdullah Tampil Akui Kesilapan

Semua orang buat silap dalam kehidupan… maafkan mereka ok?

Hiburan Sun, 8 Sep 2024

Kes Bergaduh Di Jalan Raya, Hafiz Suip Diperintah Jalani Bon Berkelakuan Baik Selama 6 Bulan

Susulan isu pergaduhan di jalan raya pada 30 Ogos lalu, Mahkamah Majistret Kuching perintah Hafiz jalani bon berkelakuan baik

Hiburan Mon, 15 Apr 2019

Mamak Puteh’s Turn to Finally Bring Home the RM10,000 Prize

Luck was on Mamak’s side last night!

Hiburan Thu, 28 Mar 2019
Hiburan Thu, 8 Jun 2023
Featured Wed, 18 Sep 2024

Fattah Amin Curang? Wawa Zainal & Aeril Zafrel Mohon Netizen Hentikan Fitnah – “Fazura Sendiri Tak Cakap Suami Dia Curang”

Betul, tak ada sebab kita nak judge rumah tangga orang lain. Doakan yang baik-baik sahaja okay🫶

Trending Tue, 18 Aug 2020

MySalam Perlindungan B40 : Pampasan Bernilai Hingga RM 31.76 Juta

Perlindungan kesihatan takaful PERCUMA gaisssss, Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!