Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 8, 2024 @ 6:00pm

Kes Bergaduh Di Jalan Raya, Hafiz Suip Diperintah Jalani Bon Berkelakuan Baik Selama 6 Bulan

Penyanyi, Hafiz Suip dikenakan bon berkelakuan baik selepas terbabit dalam insiden pergaduhan di jalan raya pada 30 Ogos lalu.

Perkara tersebut diperintahkan oleh Mahkamah Majistret Kuching pada Khamis terhadap Hafiz dan dua lagi individu yang terlibat dalam kes tersebut.

Menurut Utusan Borneo, mereka perlu menjalani bon berkelakuan baik selama enam bulan bersama jaminan sebanyak RM500

Difahamkan perintah itu adalah untuk menghalang mereka daripada mengulangi perbuatan bergaduh di tempat awam.

Sebelum ini tular video memaparkan pelantun lagu Ku Akui ini menumbuk seorang lelaki dikenali sebagai Goh Hui Heong di Jalan Padungan, Kuching, Sarawak.

Insiden pergaduhan antara mereka tercetus akibat salah faham apabila Goh membunyikan hon selepas Hafiz memberi isyarat memasuki jalan raya.

Keadaan menjadi lebih tegang antara mereka apabila Goh menghimpit kenderaan dipandu Hafiz sehingga mengakibatkan mereka bertengkar di tengah jalan.

Bagaimanapun, menurut rakan Hafiz, Uthman Daud memaklumkan kedua-dua pihak sudah berdamai.

Artikel Berkaitan: Berlaku Provokasi Antara Dua Pihak… Hafiz Suip Bergaduh Di Jalan Raya! Rakan Dedah Kejadian Sebenar – “Muka Kena Sembur Pepper Spray”

Sumber: mstar/Utusan Borneo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 13 Nov 2019
Contest Thu, 19 Sep 2019

xtra好康头 | 送你《赵传「老男孩」云顶演唱会2019》入门票

xtra好康头 送你《赵传「老男孩」云顶演唱会2019》入门票 ,让你沉浸在他独特的歌声,重温他超过30年的经典好歌。

Hiburan Mon, 16 Apr 2018

Irwan Akur Tersingkir Pada Minggu Ke-5 Mentor Otai

Jangan lupa terus saksikan konsert Mentor Otai setiap hari Ahad, jam 9 malam hanya di TV3. Atau anda boleh saksikan siaran secara langsung menerusi siaran berdefinisi tinggi hanya di tonton. Dan, jangan lupa untuk mengundi peserta kegemaran masing-masing di portal rasmi kami di www.xtra.com.my

Hiburan Sun, 3 Mar 2024
Hiburan Mon, 29 Jul 2019
error: Content is protected !!