Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 30, 2024 @ 8:55pm

Berlaku Provokasi Antara Dua Pihak… Hafiz Suip Bergaduh Di Jalan Raya! Rakan Dedah Kejadian Sebenar – “Muka Kena Sembur Pepper Spray”

Tular sebuah video memaparkan penyanyi, Hafiz Suip dipercayai dalam pergaduhan agresif sehingga bertumbuk di tengah jalan raya berdekatan lampu isyarat.

Berdasarkan video berdurasi 41 saat dirakam oleh orang awam, Hafiz kelihatan berang dan cuba untuk mendekati seseorang namun dihalang oleh individu dipercayai rakannya.

Difahamkan, wujud provokasi antara mereka sehingga tercetusnya pergaduhan membabitkan Hafiz dan individu itu.

Bagaimanapun, Hafiz bertindak memukul bahagian hadapan kereta dipercayai milik individu berkenaan sehingga menimbulkan amarahnya mengakibatkan selebriti itu ditumbuk.

Sementara itu, menerusi status dimuat naik di Facebook rakan Hafiz, Uthman Daud tampil menjelaskan keadaan sebenar yang terjadi.

Hafiz Suip

“Mungkin ada yang tengok video viral pergaduhan Hafiz Suip yang berlaku selepas Solat Jumaat tadi. Oleh kerana video tersebar hanya sekejap, biarlah saya menerangkan kronologinya.

“Selepas Solat Jumaat, kami dalam perjalanan untuk membeli hamper untuk menziarahi rumah keluarga peminat hafiz yang sudah meninggal dunia, semalam adalah hari ke-100 pemergiannya.

“Ketika dalam perjalanan, ada sebuah kenderaan yang mencucuk dari belakang. Maka provokasi pun berlaku dari kedua belah pihak.

“Kemuuncaknya adalah apabila pemandu tersebut mula blok memberhentikan kereta kami. Kedua-dua dalam keadaan marah terus keluar dari kereta.

“Tiba-tiba pemandu tersebut menyembur Hafiz dengan pepper spray. Saya cuba meleraikan keadaan, tetapi pemandu itu masih melutu ke arah Hafiz.

“Dalam ketika saya cuba meleraikan keadaan, muka saya juga disiku dan disember dengan pepper spray sehingga menyebabkan sesak nafas.

“Jadi saya sendiri pun melepaskan tumbukan selepas melihat dia terlalu agresif,” katanya.

Hafiz Suip

Berkongsi keadaan terkini, Uthman berkata dia dan Hafiz sudah membuat laporan di balai plis dan berada di hospital bagi mendapatkan rawatan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 13 Feb 2019

This Self-Love Playlist is All You Need for a Good Valentine’s Day Alone

Take care of yourself this V-Day with some good music

Hiburan Fri, 16 Aug 2019

《金曲奖》客家歌手黄连煜来马一连2天开唱!

把客家歌曲带入主流音乐市场的台湾客家歌手黄连煜定档8月31日及9月1日,连续两天在吉隆坡和槟城深情开唱,要让大马歌迷感受黄连煜的客家创作音乐魅力。

Trending Tue, 25 May 2021

Jom Semak! Ini Cara Semak Tarikh Akhir Bayaran i-Sinar KWSP Secara Online

Boleh semak hanya dihujung jari anda sahaja…

Events Sat, 26 Nov 2022
Hiburan Tue, 10 Jun 2025
Hiburan Wed, 7 May 2025

Roslan Shah Bersyukur Dihujani Tawaran Kerja Selepas Hubungan Dengan Ifa Raziah Pulih

Roslan Shah dan Ifa Raziah akan bergandingan dalam sebuah persembahan istimewa bersempena sambutan Hari Ibu.

error: Content is protected !!