Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 7, 2025 @ 7:29pm

Roslan Shah Bersyukur Dihujani Tawaran Kerja Selepas Hubungan Dengan Ifa Raziah Pulih

“Alhamdulillah, selepas hubungan kami kembali jernih, rezeki saya semakin melimpah.”

Demikian kata-kata penyanyi dan pengacara terkenal Singapura, Roslan Shah yang meluahkan rasa syukur apabila dihujani tawaran kerja sejak menjalinkan semula hubungan baik dengan penyanyi Ifa Raziah.

Roslan memaklumkan, mereka akan bergandingan dalam sebuah persembahan istimewa bersempena sambutan Hari Ibu di Singapura menerusi acara Raikan Bersama Ibu Tercinta.

“Alhamdulillah, tahun ini sangat bermakna kerana sejak kami berbaik, saya dan Ifa mendapat tawaran untuk membuat persembahan sempena Hari Ibu.

“Kami percaya, apabila sudah berdamai dan tidak lagi bermusuhan, rezeki akan sentiasa mengalir. Lagipun, tidak elok kami terus bergaduh sedangkan kami berkawan baik selama ini. Seeloknya kami saling bermaaf-maafan dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya serta mencari rezeki bersama.

“Insya-Allah, saya dan Ifa bakal mengeluarkan single duet tidak lama lagi, tetapi fokus kami sekarang adalah persembahan sempena Hari Ibu yang bakal berlangsung di Fame by Dads Corner, Singapura pada 11 Mei ini,” katanya.

Roslan ditemui di majlis rumah terbuka Terbaek Raya anjuran mStar di The Agam, Sungai Penchala, baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Roslan turut berkongsi hasrat untuk menunaikan ibadah umrah bersama Ifa sebagai simbol hubungan yang kembali terjalin dengan baik.

“Saya ada berbincang dengan Ifa untuk menunaikan ibadah umrah tahun ini dan harapnya menjadi kenyataan. Saya sebenarnya sangat gembira apabila peminat di Malaysia dan Singapura teruja melihat kami berbaik dan berkongsi satu pentas bersama.

“Jadi kalau boleh, di usia begini saya mahu jaga hubungan kami sebaik mungkin dan melakukan perkara yang baik bersama-sama termasuk menunaikan umrah,” katanya.

 

Roslan juga mendedahkan sambutan positif yang diterima daripada peminat sebaik pengumuman mengenai persembahan Hari Ibu itu dibuat.

“Sebenarnya, ini kali pertama kami disatukan dalam sebuah persembahan sempena Hari Ibu. Tak sangka cadangan saya kepada penganjur disambut baik. Malah, saya juga menerima banyak pertanyaan daripada peminat yang ingin menyaksikan persembahan kami.

“Persembahan ini akan menjadi detik yang diingati kerana ada segmen tangisan air mata. Nak tahu apa yang bakal berlaku, kena datang,” katanya.

Terdahulu, Roslan dan Ifa akhirnya menamatkan persengketaan selama tujuh tahun selepas bersemuka dan saling bermaafan atas konflik lama melibatkan dakwaan ugutan bunuh.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 4 Jul 2018

Larangan Perbincangan Kes Najib Di Media

Dalam pada itu, Mahkamah Tinggi membenarkan perintah larangan sementara bagi menghalang media daripada melaporkan berhubung merit kes pecah amanah dan menyalahgunakan kedudukan yang dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Trending Mon, 26 Feb 2018

Singaporean 5-Star Hotel Fulfils Tourist’s Super Strange Request

The award for Best Customer Service of the Year goes to Singapore Marriott Tang Plaza Hotel.

Hiburan Wed, 6 Mar 2024

Capai 6.4 Juta Tontonan TV, AJL38 Terbukti Paling Ikonik

Min setuju.. AJL 38 kali ini paling ikonik!

Featured Mon, 6 Nov 2023

“Dia Kunci Bilik Persalinan Sebab Nak Cabul Saya” – Firdaus Ghufran Kini Lebih Berhati-Hati

Bahaya juga macam ni ek~ Niat nak pergi kerja alih-alih ada pulak perangai 👻

Featured Wed, 19 Jun 2024

Terima Ratusan Komen Berbaur Makian Setiap Hari, Ibu Aliff Aziz Sifatkan Netizen Seperti Lembu Dicucuk Hidung

Peribahasa ‘Seperti Lembu Dicucuk Hidung’ bermaksud: Orang yang mengikut sahaja kehendak orang lain.

Hiburan Tue, 17 Jul 2018

Asha Ikut Jejak Kakak, Berjinak-Jinak Dalam Dunia Lakonan

Siapa sangka selain dua adik beradik pelakon Risteena dan Ruhanies, rupa-rupanya ada seorang lagi adik mereka, Asha Zainul yang mula mengikut jejak yang sama…..

Hiburan Tue, 30 Apr 2019
error: Content is protected !!