Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 21, 2025 @ 9:13pm

3.2 Juta Penonton Terpesona Dengan ‘Ke-Meow-Riahan’ Cat Fashion Week!

Si bulus jadi bintang runway! Malam kemuncak Cat Fashion Week pada Ahad lalu melabuhkan tirai dengan gemilang apabila berjaya memikat hati penonton menerusi pentas yang meraikan kreativiti dan keserasian setiap pemilik dan ‘meow-jikannya.’ Juara malam tersebut, Nor Anis Halyatie bersama Evian, telah dinobatkan sebagai ‘super meow-del,’ sekali gus membawa pulang wang sejumlah RM5,000 berserta trofi. Tidak ketinggalan, Siti Rohani bersama Goyem memenangi anugerah daripada penaja Purina iaitu Anugerah FELIX – Si Bulus Paling Memikat.

Acara kemuncak ini mencatat 3.2 juta capaian penonton di TV3, lantas membuktikan bahawa kandungan kucing dengan ‘cattitude’ memang menjadi pilihan rakyat Malaysia (sumber: Nielsen). Populariti program ini turut memuncak di media sosial dengan capaian 515 juta daripada hantaran seperti Siri Kucing AI, video peserta dan foto profil yang dimuat naik dari sesi pra-penjurian hingga selepas malam kemuncak, menunjukkan sambutan memberangsangkan daripada warganet (sumber: Meltwater & SproutSocial).

Bagi menghadapi malam penentuan, para finalis mencurahkan sepenuh tenaga dan perhatian, malah melalui perbincangan intensif bersama pihak produksi bagi merealisasikan konsep impian mereka di atas pentas. Fokus utama bukan sekadar tema, busana dan kondisi kucing; peserta juga perlu memikirkan cara terbaik untuk mempersembahkan dan memperagakan keseluruhan konsep dengan penuh keyakinan di hadapan khalayak ramai.

Persiapan finalis dipenuhi dengan berbagai-bagai cabaran, daripada pemilihan bahan yang sesuai, konsep yang unik, hinggalah kepada saiz busana yang selesa, serta padanan warna dan hiasan yang tepat. Ada juga peserta yang terpaksa menggunakan inisiatif tersendiri apabila kesuntukan masa menunggu penghantaran fabrik dari luar negara. Cabaran paling getir pula muncul apabila pemilik perlu membiasakan si bulus dengan pakaian dan pementasan yang dirancang, agar tetap tenang walaupun disinari spotlight, dikelilingi kamera dan diperhatikan orang ramai.

Namun, inilah yang menjadikan program ini istimewa, kerana ia mendedahkan dedikasi dan usaha pemilik kucing yang wajar diberi kredit, sambil memberi mereka ruang untuk mencipta lebih banyak memori manis bersama kucing tersayang. Keistimewaan program ini terserlah melalui kepelbagaian tema, props dan penampilan yang memberi warna serta kelainan pada setiap persembahan di pentas akhir Cat Fashion Week.

Selain menghiburkan, penonton turut berpeluang mempelajari pelbagai nasihat berguna tentang grooming dan penjagaan kucing daripada para juri dan peserta sepanjang pertandingan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 18 Apr 2018

Top5素颜也很正的日本女星「国民老婆」新垣结衣只排第2

日本化妆品公司近日做了一项调查,列出了网友认为「素颜也很正的女星排名」,其中「国民老婆」新垣结衣竟然只能屈居第二,到底第一名是拥有怎样的盛世美颜呢?

Featured Thu, 2 Feb 2023

“Kalau Orang Senang Terasa Akan Mudah Jatuh Hati,” – Aeril Zafrel Puji Sifat Sophia Albarakbah Manja & ‘Soft Spoken’

Wanita kalau manja lelaki mana tak cair kan 🤪🥰 Tapi bak kata Aeril, sebagai lelaki perlu pandai mengawal perasaan 😌

Hiburan Thu, 16 Aug 2018

Madonna Just Turned 60 but Still Looking Hot as Ever

She celebrated her birthday in style too.

Featured Tue, 12 Mar 2024

Sambut Perayaan Nyepi, Rizky Febian Didakwa Murtad? Ini Jawapan Balas Mahalini – “Fitnah Itu Lebih Kejam Daripada Pembunuhan”

Mungkin juga Iky sekadar memeriahkan perayaan tersebut.. Jangan lah sampai tuduh murtad pula okay? Tak baik.😎✌️

Hiburan Fri, 1 Nov 2019

大马爵士女伶May Mow推首张个人专辑!1206办个人售票演唱会

大马新生代爵士女伶May Mow媚毛出道13年终推首张个人专辑!同时也在记者会上宣布将举办演唱会,齐邀大家见证她音乐路上的点点滴滴。

Events Mon, 4 Feb 2019

Misha Omar Masih Power, Walau Dilabel Persembahan Statik

Sampai Bila buat bulu roma meremang!

Hiburan Mon, 14 Jan 2019

#AJL33: Syamel Masuk Kelas Demi Kau Pun Sama

Pemenang vokal terbaik AJL tahun lalu ini memaklumkan dia turut menggunakaan khidmat penari Alam Wakaka untuk AJL 33 nanti.

error: Content is protected !!