Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari November 3, 2022 @ 12:00pm

[VIDEO] Puji Isteri Cantik Pakai Hijab, Netizen ‘Tersenyum’ Tengok Halim Radzi & Sharifah Husna, Siap Samakan Dengan Jalaluddin Hassan Ketika Muda

Pasangan pelakon, Halim Radzi dan Sharifah Husna yang baru mendirikan rumah tangga mencuri tumpuan warganet apabila memuat naik sebuah video yang memaparkan dirinya sedang memuji isterinya cantik.

Menerusi video perkongsian Halim, dia dilihat berkali-kali memuji Husna cantik yang mengenakan hijab.

“Aduh cantiknya… Ya Allah cantiknya…” ujar Halim

Namun, isterinya itu menyatakan bahawa dirinya malu apabila menerima pujian sebegitu daripada suaminya.

“Malu lah… sayang puji,” kata Husna.

Namun, Halim menyatakan bahawa dia memuji isterinya kerana memang benar cantik dan menepis dakwaan isterinya yang mengatakan biasa-biasa sahaja.

“Ya lah sebab cantik… I tak puji pun tetap cantik.

“Biasa-biasa je… ehhh luar biasa,” borak mereka.

@halimradz MasyaAllah, terima kasih mendoakan kami. Semoga doa baik anda semua kembali kepada anda semua juga. Amin ya Allah. Terima kasih Allah 🤲🏼 @Sharifah Husna ♬ original sound – HALIM RADZI

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet menyatakan bahawa pasangan tersebut sangat romantis sehingga membuatkan warganet tersenyum sendiri melihat gelagat mereka itu.

Malah, ada segelintir yang menyamakan Halim Radzi dengan pelakon hebat, Dato Jalaluddin Hassan ketika muda.

Terdahulu, Halim dan Sharifah telah selamat diijabkabulkan pada 21 Oktober lalu yang berlangsung di kediaman Husna di Kajang, Selangor.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 17 Dec 2024
Hiburan Fri, 20 Mar 2020

ICSYVM3: Yusry Tak Setuju Dengan Erra Fazira?

Fuhh macam best je minggu ni!

Featured Tue, 1 Jul 2025
Hiburan Fri, 25 Jan 2019

《比悲伤》刘以豪陈庭妮今旋风来马谢票!记下来啦~

《比悲伤更悲伤的故事》在大马「收割」650万令吉票房,剧组兑现承诺让「成全CP」刘以豪和陈庭妮来马亲自向观众谢票!

Hiburan Thu, 17 May 2018

Lee Seo Won Sexually Harasses Female Celebrity With a Weapon!

He even threatened the police when being reprimanded.

Hiburan Tue, 14 Nov 2023
Trending Fri, 16 Oct 2020
Trending Fri, 9 Nov 2018

Pungut Dari Tempat Sampah, Remaja Mabuk Air Rebusan Tuala Wanita

Remaja Mabuk Air Rebusan Tuala Wanita Pungut ‘Buangan’ Dari Tempat Sampah

Hiburan Wed, 27 Dec 2023

Didakwa Tiru Zizan Razak & Shaheizy Sam? Ini Respons Wanns Ahmad – “Saya Bawa Identiti Saya Sendiri”

Tak baik tau cakap macam tu… Wanns Ahmad bawa identiti dia yang sebenar lah!

error: Content is protected !!