Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd March 25, 2020 @ 5:01pm

‘Ya Allah Berikanlah Kekuatan Kepada Kami’- Riak Wajah Penuh Kesedihan, Titipan Doa PM Buat Rakyat Malaysia Hiba

Pada jam 1 petang tadi, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan perutusan khas dan perkembangan terbaru mengenai penularan wabak Coronavirus. 

Baca berita selanjutnya: COVID-19: 95 Peratus Rakyat Malaysia Duduk Di Rumah, PKP Terus Dilanjutkan Sehingga 14 April

Namun apa yang lebih menyentuh hati rakyat Malaysia, adalah titipan doa YAB Tan Sri Muhyiddin buat seluruh rakyat Malaysia. Tan Sri Muhyiddin mendoakan agar semua rakyat Malaysia terus kuat dalam menghadapi ujian ini. 

Al-Fatihah ……

 

 

 

 

 

 

 

 

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Engkau ampunilah dosa-doa kami
Engkau rahmatilah diri kami, keluarga kami dan negara
kami
Engkau lindungilah hamba-hamba Mu yang kerdil ini dari
segala musibah
Engkau jauhilah diri kami dari penyakit yang merbahaya
dan wabak yang mengancam nyawa

Engkau hindarilah kami dari bala yang berat dan takdir
yang buruk

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Engkau berilah kekuatan, kecekalan dan kesabaran
kepada kami untuk menghadapi dugaan-Mu yang berat
ini
Engkau tiupkanlah ketenangan dalam jiwa kami
Sesungguhnya setiap dugaan yang Engkau turunkan
kepada kami Ya Allah tiadalah ia melainkan untuk
meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kami kepada
Mu
Ya Allah Ya Rahman Ya Syaafi
Engkau berilah kesembuhan kepada saudara-saudara
kami yang dijangkiti wabak Coronavirus walau di mana
sahaja mereka berada
Sesungguhnya tiada penyakit yang tidak dapat Engkau
sembuhkan Ya Allah

Tiada mara bahaya yang tidak dapat Engkau jauhinya
dari kami Ya Allah
Kami bermohon kepada-Mu Ya Allah
Lindungilah kami
Selamatkanlah kami
Sejahterakanlah hidup kami

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tonton video penuh perutusan khas daripada YAB Perdana Menteri di bawah:

Sumber: Buletin TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 29 Aug 2021

Iman Troye, Ariff Bahran, Layla Sania & 13 Artis Suntik Semangat Patriotik

Penyanyi Iman Troye, Ariff Bahran dan Layla Sania bersama 13 artis berbilang kaum yang lain menyuntik semangat patriotik sempena Hari Kebangsaan menerusi lagu We Are One. Selain Iman, Bahran dan Layla, penyanyi lain yang sama-sama […]

Hiburan Wed, 5 Feb 2025

Angkat Isu Keganasan Rumah Tangga, Hazreen Amreena Muncul Dengan Single ‘Yang Ku Punya’

Hazreen Amreena muncul dengan single baharu berjudul Yang Ku Punya.

Hiburan Mon, 3 Feb 2025

Nafi Terima Bayaran RM400,000, Jalaluddin Hassan Sedia Beri Kerjasama Dengan SPRM

Jalaluddin Hassan hanya jalankan tugas sebagai duta syarikat perundingan kewangan

Featured Wed, 5 Jul 2023
Trending Fri, 26 Nov 2021

“Perlu Tahu Beza Kritikan & Hinaan” – Ini Respons Syamsul Yusof Mengenai Pengkritik Filem

“Semua orang boleh kritik, tapi kena ada ilmu. Perlu tahu bezakan kritikan dan hinaan,” begitulah kata-kata pelakon dan pengarah prolifik, Syamsul Yusof, 37, mengenai kehadiran pengkritik filem yang muncul menghangatkan industri hiburan tempatan. Mengalu-alukan kehadiran […]

Hiburan Wed, 25 Feb 2026

Individu Terdekat Dakwa Mangsa Kes R*g*l Da’i Syed Cuba B*n*h D*ri?

Seorang individu tampil berkongsi keadaan mangsa kes rogol membabitkan pendakwah bebas, Da’i Syed

error: Content is protected !!