Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 26, 2025 @ 4:59pm

Wani Kayrie Raih Perhatian Dengan ‘Cak Cak Cekuk’, Lagu Rakyat Bertemu Realiti Cinta Moden

Wani Kayrie kembali mencuri tumpuan dengan single terbarunya berjudul ‘Cak Cak Cekuk’, lagu pop moden yang diinspirasikan daripada irama rakyat dan diadun dengan susunan muzik kontemporari.

Diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment, lagu ini merupakan ciptaan bersama Karim Karam, Shane Kennedy dan Iqie Hugh.

Istimewanya, ia mengangkat kisah pasangan muda yang ingin berkahwin tetapi terhalang oleh masalah kewangan.

“Lagu ini ceria, tapi sarat makna. Ia dekat dengan realiti ramai orang – bila cinta kuat, kita usaha sama-sama walaupun tak cukup segalanya,” ulasnya.

Menariknya, ‘Cak Cak Cekuk’ diinspirasikan daripada lagu rakyat klasik ‘Cak Cekur Udang Gamit’ yang sering dinyanyikan ibu atau nenek kepada anak kecil.

Selain itu, Wani menyifatkan lagu ini sebagai usaha mengangkat budaya lama dengan pendekatan moden dan segar.

Dengan bait lirik seperti “Perlahan dayung sampai hujung”, lagu ini memberi mesej tentang kesabaran dan keikhlasan dalam membina hubungan.

Ia bukan sekadar hiburan, tapi juga boleh menjadi lagu tema dalam majlis perkahwinan, ‘bridal shower’ atau sambutan cinta lainnya.

‘Cak Cak Cekuk’ yang dilancarkan secara rasmi pada 23 Mei lalu kini boleh dinikmati di semua platform digital termasuk Spotify, Apple Music, Joox, KKBox dan YouTube Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Wed, 17 Oct 2018

New Logo for Visit Sarawak Year Unveiled

2019 is THE year to visit Sarawak!

Trending Wed, 24 Jul 2019

研究证明!情绪聪明人不做这9件事,人生会更快乐

人的正面、负面情绪,除了外在环境条件下的影响与牵制外,实际上真正左右情感的,往往都出自于心底。

Hiburan Tue, 30 Jan 2018

Majlis Aqiqah Anak Kedua Fouziah Gous

Dekorasi pelamin majlis aqiqah juga meriah dengan tempat beradu bayi yang dibuat dengan bentuk kapal layar selain tambahan hiasan lautan denga koral serta ikan nemo

Trending Tue, 27 Jul 2021

Isu Petik Nama Siti Nordiana di IG Live: Syura, Lan Solo & 3 Individu Serahkan Kepada Peguam

Penyanyi Syura, Lan Solo dan isteri, Nur Sheila Hassim, jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin yang dituntut membuat permohonan maaf terhadap penyanyi Siti Nordiana menyerahkan perkara terbabit terhadap peguam […]

Drama Tue, 31 Jan 2023
Featured Sat, 24 Aug 2024

Video Dapat Banyak Reaksi Netizen… Ada Beri Semangat, Ada Yang Cadangkan Zarina Zainuddin Ambil Ira Kazar Jadi Menantu?

Opsss! Tapi mesra betulkan siap cium pipi, peluk ketat-ketat. Bagus juga cadangan netizen tu!😍

Trending Mon, 8 Feb 2021

Isu Baling Barang Pelanggan, Pekerja Mohon Maaf Kepada Seluruh Rakyat Malaysia

Semoga barang-barang pelanggan dalam keadaan yang baik-baik

Hiburan Sun, 21 Dec 2025

Dari Karate Ke Layar Perak, Saha Champ Raih Peluang Emas Selepas Filem Tiket Sehala

Bekas atlet karate negara ini tidak menyangka pembabitannya dalam filem Tiket Sehala membuka laluan rezeki lebih luas.

error: Content is protected !!