Euforia Bola 2026
Trending By: Padin July 27, 2021 @ 1:46pm

Isu Petik Nama Siti Nordiana di IG Live: Syura, Lan Solo & 3 Individu Serahkan Kepada Peguam

Penyanyi Syura, Lan Solo dan isteri, Nur Sheila Hassim, jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin yang dituntut membuat permohonan maaf terhadap penyanyi Siti Nordiana menyerahkan perkara terbabit terhadap peguam untuk tindakan selanjutnya.

Mereka berlima mengakui sudah menerima notis terbabit yang dikemukakan menerusi peguam Abang Azlan dari Abang Azlan & Associates.

“Kami ambil maklum tentang tindakan notis tuntutan yang telah di ambil oleh pihak Siti Nordiana terhadap kami berlima. Kami juga telah menyerahkan perkara ini kepada peguam kami untuk tindakan selanjutnya.

“Apa-apa tindakan atau respon yang bakal menyusul akan kami maklumkan berdasarkan nasihat daripada peguam kami. Terima kasih,” kata mereka menerusi sebuah kenyataan media.

Sebelum ini, Syura, Lan, Sheila, Aida dan Sam diberi tempoh masa 24 hingga 48 jam untuk mereka memberi maklum balas dan sekiranya gagal berbuat demikian, mereka bakal dikenakan tindakan saman.

Terdahulu Siti Nordiana atau Nana menerusi peguamnya Abang Azlan Abang Ariffin membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, pada 23 Julai lalu.

Ia berikutan isu namanya dibabitkan dalam sesi Instagram Live yang disertai oleh Syura, Lan, Sheila, Aida dan Sam pada 20 Julai.

Pada sesi terbabit, Shiela meluahkan rasa terkilan apabila suaminya, Lan dikatakan menumpang populariti Nana.

Syura turut meluahkan rasa kecewa apabila ada sesetengah pihak enggan menawarkan pekerjaan kepadanya dan didakwa berpunca dari Nana.

Malah, ia menjadi medan untuk mereka berlima meluahkan apa yang terbuku di hati selama ini membabitkan konflik yang berlaku.

Nana bertindak mahu membersihkan namanya daripada dakwaan berunsur fitnah yang boleh menjejaskan imej dan reputasinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 10 Dec 2024
Hiburan Mon, 25 Sep 2023
Featured Tue, 23 Nov 2021
Featured Fri, 1 Dec 2023

[VIDEO] “Beruntungnya Ada Anak Soleh Macam Ni”- Baru Berusia 4 Tahun, Gelagat Ardy Wira Pertama Kali Laungkan Azan Bikin Netizen Meremang!

MasyaAllah Wira😍😍😍Min dari dulu memang suka sangat kat Wira ni bijak je budaknya❤️

Featured Mon, 18 Dec 2023

Aina Abdul Mahu Perkukuh Kedudukan Sebelum Ke Luar Negara

Moga impian Aina termakbul dan dapatkan harumkan nama Malaysia macam TokTi❤️

Hiburan Tue, 18 Apr 2023

P. Radhi Bawa Aura P. Ramlee Dalam Naskhah Salam Hari Raya

Wah betul betul sebiji lah macam P. Ramlee

Featured Tue, 9 Nov 2021

Gaji Minimum Baharu Bakal Diumum Tahun Depan

Kajian tersebut dijangka berakhir pada hujung tahun ini

Featured Thu, 29 Aug 2024

Pertama Kali Tunai Umrah Sebagai Ibu, Mira Filzah Dukung Anak Sambil Tawaf 7 Kali -“Completed Our Umrah, Alhamdulillah!”

Alhamdulillah, moga dipermudahkan dan moga kita semua juga dijemput ke sana❤️

error: Content is protected !!