Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 18, 2023 @ 3:30pm

Aina Abdul Mahu Perkukuh Kedudukan Sebelum Ke Luar Negara

Penyanyi popular, Aina Abdul mahu mengukuhkan kedudukannya sebelum merancang untuk tembusi pasaran luar negara seperti Indonesia.

Menurut Aina, keberadaannya dalam industri tanah air masih belum stabil, namun dia bersyukur setakat ini segala perancangan karier seninya berjalan dengan lancar.

“Saya tak sabar nak melangkah ke tahun 2024. Banyak perancangan yang telah dibuat terutamanya usaha untuk menyantuni peminat-peminat saya di luar Kuala Lumpur seperti Sabah dan Sarawak.

“Keberadaan saya dalam dunia hiburan tempatan masih belum stabil. Saya perlu kukuhkan dahulu kedudukan di Malaysia sebelum ke negara luar,” katanya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Memetik laporan Utusan, Aina juga menganggap tahun 2023 sebagai tahun yang paling ‘gila’ buatnya, bagaimanapun dia berasa seronok kerana dapat mengadakan konsert berskala besar dan berjumpa ramai kawan baru.

“Tahun ini tahun yang paling ‘gila’ dan menyeronokan untuk saya. Tahun ini jugalah saya berpeluang mengadakan konsert mega, melahirkan album sulung dan banyak lagi.

“Dan yang paling penting, saya mengenali ramai kawan baru yang bukan sahaja menolak saya kedepan, tetapi juga mengajar saya untuk berseronok dalam sibuk bekerja.

“Jadi saya sifatkan tahun ini adalah tahun penting yang menjadi tempoh pembelajaran bermakna untuk saya sebagai penyanyi,” jelasnya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai perasaan peminat yang meletakkan harapan tinggi terhadapnya pada Anugerah Juara Lagu ke 38 (AJL38), Aina mengaku berasa sedikit tertekan.

Baginya, dia meletakkan harapan yang tinggi terhadap semua karyanya.

“Of course every year saya memang meletakkan harapan yang tinggi kepada semua karya saya bukan kerana sikap berdaya saing saya. Tapi saya memang seorang anak seni yang sangat berjiwa kental.

“Dan, bila saya dapat peluang dan saya tahu peluang itu bukan senang nak dapat, bahkan setiap kali saya buat AJL saya mesti ingat. Walaupun ini tahun yang kelima saya masih ingat lagi momen saya di tahun yang pertama.

“Jadi sebab itulah saya rasa itu adalah kemenangan untuk Terus Hidup. Jangan Mati Rasa Itu adalah lembaran yang baru. Dia ada cabaran dia tersendiri. So, of course saya nak mengulangi kejayaan yang sama, siapa yang tak nak kan?,” jelasnya ketika ditemui pada hari pertama konsert Separuh Akhir Muzik-Muzik baru-baru ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 24 Oct 2019

Dengan Twitter Dapat Bantu Lelaki Ini Keluar Dari …

Nampak tak bertapa impaknya media sosial

Hiburan Wed, 14 Nov 2018

Aliff Syukri Might Be Getting Sued Over Insensitive Remarks About Women

His mean comments about darker skinned women is Leading him into more trouble than he’s expected…

Featured Tue, 17 Aug 2021

“Kalau Disebut Dalam Al-Quran, Saya Akan Padam..”- Izara Aisyah Rela Padam Media Sosial Jika Haram

Pelakon, Izara Aishah yang kini sudah tampil berhijrah mengakui dirinya bersedia untuk memadam akaun media sosial jika hukumnya haram. Jelas Izara lagi dia secara sukarela bersedia untuk memadam akaun sosial medianya jika terdapat hukum mengenai […]

Featured Mon, 8 May 2023
Trending Wed, 4 Apr 2018

Ayam ‘Crispy’ Kena Perli?

“Satu-satunya makanan yang sepatutnya rangup adalah ayam goreng kami. Tahniah Masterchef Zaleha!” menurut kapsyen dimuat naik bersama gambar itu.

error: Content is protected !!