Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd April 25, 2020 @ 11:31am

PKP: Orang Ramai Yang Terkandas Boleh Melakukan Perjalanan Antara Negeri Bermula 1 Hingga 3 Mei- PDRM

Wah, nampaknya berita baik untuk orang ramai yang ingin melakukan pergerakan pulang antara negeri!

Hari ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan akan memberi tempoh tiga hari buat orang ramai untuk melakukan pergerakan antara negeri (inter-state) untuk tujuan yang dibenarkan semasa PKP iaitu antara 1-3 Mei depan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata mereka yang layak boleh melakukan permohonan untuk bermula 26 April melalui aplikasi Gerak Malaysia.

Mohon melalui aplikasi Gerak Malaysia

Bagi yang tidak mempunyai aplikasi Gerak Malaysia, mereka perlu membuat permohonan bertulis untuk mendapatkan kebenaran perjalanan di balai polis berdekatan, namun keutamaan perjalanan akan diberikan kepada pengguna aplikasi Gerak Malaysia.

Kredit foto: Google

Selain itu, orang ramai perlu mengemas kini permohonan pada 29 April untuk mengesahkan destinasi perjalanan dan pada 1 Mei. Mereka boleh membuat semakan status permohonan di aplikasi berkenaan.

Tiada R&R, surau, tempat makan

Dalam tempoh tersebut, pengguna jalan raya perlu mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Sebarang kemudahan seperti R&R, surau, tempat makan dan sebagainya tidak akan dibuka. Hanya fasiliti tandas awam yang akan beroperasi. Malah, stesen minyak akan beroperasi antara 6 pagi hingga 12 tengah malam di sepanjang lebuh raya.

Kredit foto: Google

“Satu kenyatan media berhubung tatacara pendaftaran aplikasi Gerak Malaysia akan dikeluarkan pada hari ini dan diikuti dengan satu sidang media pada 29 April mengenai pergerakan mengikut negeri bagi memastikan perjalanan mereka lancar dan teratur,” katanya.

Rabu lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, rakyat yang terkandas di kampung dan ingin pulang ke kediaman masing-masing perlu membuat permohonan dan pendaftaran kepada polis.

Di samping itu, setiap keluarga wajib mendaftar dan membuat permohonan. Mereka yang mendaftar perlu mengemukakan nama, berapa jumlah ahli keluarga dan lokasi tempat untuk dituju, dari kampung mana, zon merah atau hijau dan sebagainya.

Semoga mereka yang ingin pulang dapat tiba ke destinasi dengan selamat. Pandu dengan cermat, jiwa selamat. Ingatlah orang yang tersayang.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 5 Sep 2018

‘Kalau Aku Jahat, Aku Biarkan Budak Tu Balik Mabuk Drive…’, Zarina Anjoulie Bongkar Rahsia?

Dia (Ismail Izzani) adalah seorang lelaki baik cuma kedekut je tak reti bayar hutang…

Hiburan Fri, 6 Jul 2018

Pakar Sahkan Haqiem Rusli Alami Kemurungan

Buat masa ini, dia perlu bergantung kepada ubat serta beberapa sesi kaunseling bermula minggu depan. Terus kuat ya Haqiem!

Hiburan Thu, 2 Jan 2020

Bront Palarae In Talks To Reappear In The Next 8 Upcoming Films Until 2025, Following Gundala

There’s more we can expect coming in the future BumiLangit Cinematic Universe sequels.

Hiburan Fri, 10 Feb 2023
Hiburan Sun, 15 Apr 2018

Kenapa Bapa Lega Zahirah Putus Cinta?

Tambah Zainol, “ Apa boleh dikatakan, Zul hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Dia sudah tahu saya tak restu, kenapa nak teruskan juga. Macam saya katakan, nak berkawan tidak ada masalah, tapi bukan bercinta atau ke fasa seterusnya.

Featured Tue, 9 Jul 2024
error: Content is protected !!