Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin February 8, 2021 @ 3:04pm

Isu Baling Barang Pelanggan, Pekerja Mohon Maaf Kepada Seluruh Rakyat Malaysia

Menerusi video berdurasi 57 saat yang dimuat naik melalui Facebook berkenaan pekerja syarikat kurier yang dilihat membaling barang-barang pelanggan ternyata mencetuskan kebimbangan ramai pihak.

Bukan itu sahaja, ramai peniaga mahupun pelanggan mengambil serius mengenai isu ini. Mana taknya, semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semula, perkhidmatan kurier merupakan perkhidmatan yang paling penting bagi peniaga yang menjalankan perniagaan atas talian (online).

Netizen luah rasa tidak puas hati

Pastinya, selain peniaga yang terpalit dengan rasa kebimbangan melihat barang-barang yang dicampak,  pelanggan juga tidak terkecuali berasa khuatir dengan keadaan barang yang bakal diperolehi.

Malah, ada  segelintir pelanggan yang mengadu barang lambat sampai dan paling teruk, ada juga barang yang hilang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 👾 (@zoeyrahman)

Berlakunya salah faham

Sumber : Facebook

Menurut pihak pengurusan J&T Express (J&T), insiden berlaku disebabkan kakitangan kurang jelas mengenai sistem pengagihan bonus sehingga menjadi punca kejadian mogok serta tindakan membaling barangan milik pelanggan oleh kakitangan syarikat itu.

Oleh itu, J&T dalam satu kenyataan memohon maaf kepada pelanggannya di seluruh negara berhubung kejadian pekerja mogok dan membaling barang yang tular di media sosial.

Malah, seramai 7 pekerja syarikat berkenaan cawangan Perak hari ini membuat permohonan maaf berhubung insiden membaling barang pelanggan yang tular di media sosial.

“Kami ingin jelaskan di sini tiada tindakan mogok. Sekali lagi kami memohon maaf kerana menjejaskan nama syarikat dan barang pelanggan rakyat Malaysia.

“Kami sedaya upaya akan memproses dan menghantar barang pelanggan secepat mungkin,” katanya.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 8 Feb 2023

Didakwa Jalin Hubungan, Dhabitah Sabri & Jiggy Masin Bakal Tamat Zaman Bujang?

Wah, kalau betul apa salahnya, hangpa boleh makan nasi minyak🧡

Trending Thu, 5 May 2022
Trending Fri, 22 Dec 2017

8 THINGS MALAYSIANS LOVE ABOUT THE CHRISTMAS SEASON

Christmas isn’t just a celebration for the Christians but also a wonderful holiday for everyone.

Hiburan Sat, 19 Apr 2025
Hiburan Sun, 21 Dec 2025

Drama Band Raikan 15 Tahun Perjalanan Seni Menerusi Konsert Istimewa!

Konsert ulang tahun istimewa ini bakal berlangsung pada 31 Januari 2026 di RCD BIG Studio, Shah Alam!

Featured Wed, 24 Jul 2024

Gara-Gara Kongsi Ketagihan Berjudi, Menang Wang RM68,000 Sampai Kena Kepung Gangster… Shuib Mohon Maaf

Shuib pun dah mengaku khilaf so, janganlah panjangkan isu ni lagi okay!👀🔥

error: Content is protected !!