Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin April 7, 2021 @ 4:54pm

Tidak Mahu Dilabel Sebagai K-Clique, ‘Aku Sedar’ Jadi Taruhan Kumpulan Rap Tikar Terbang

Walaupun nama kumpulan ini tidak dikenali seperti kumpulan rap lain, namun Tikar Terbang antara nama yang tidak asing dalam kalangan scene hip hop Malaysia.

Dianggotai 15 orang ahli kumpulan yang terdiri dari anak-anak jati kelahiran Bumi Kenyalang ini, Tikar Terbang sebenarnya telah wujud sejak tahun 2016  lagi.

Sebelum ini, Tikar Terbang telah melancarkan lebih 30 buah lagu di saluran YouTube mereka sendiri dan pada tahun 2021 dengan langkah baru, kumpulan ini telah muncul dengan single terbaru yang bertajuk ‘Aku Sedar’.

Mengetengahkan konsep ‘rap pop energetic modern’ single terbaru ini merupakan kolaborasi pertama mereka bersama syarikat rakaman New Southern Records Sdn. Bhd. (NSR). Tikar Terbang bagaimanapun tidak mahu dilabel sebagai K-Clique yang kedua kerana mereka mahu dikenali dengan cara mereka tersendiri.

Ciptaan sepenuhnya oleh Emansushii, Aku Sedar mengisahkan hubungan seseorang kawan yang di anggap sebagai adik beradik. Ia juga tercipta kerana hubungan antara ahli Tikar Terbang tersebut sendiri seperti adik beradik.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 23 Jun 2026

Hobi Pickleball Buka Peluang Arfie Shah Beraksi Bersama Anna Jobling

Menurut Arfie Shah, minatnya terhadap sukan berkenaan secara tidak langsung membuka peluang untuk bergandingan dengan Anna Jobling.

Trending Thu, 17 Sep 2020
Hiburan Fri, 17 Jan 2025
Hiburan Wed, 23 Apr 2025
Trending Fri, 3 Aug 2018

云南16岁少女「天生3鼻孔」16年来只能靠嘴巴呼吸

呼吸,是每一分每一秒都在做的寻常动作,但对中国云南一位少女来说,她竟在16岁时,才靠鼻腔吸到第一口氧气。

error: Content is protected !!