Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 3, 2023 @ 6:21pm

Rakan Arwah ‘Mangsa Buli’ Uqasha Senrose Tak Gentar Berdepan Tindakan Mahkamah! – “Memang Saya ‘Palatao’, Awak Chill Je”

Kes buli membabitkan pelakon Uqasha Senrose masih belum reda selepas individu dipercayai rakan mangsa tampil membuat kenyataan menerusi panggilan telefon yang dibuat ketika  sesi siaran langsung di TikTok milik aktres berkenaan pada Jumaat.

Menerusi video pendek berdurasi lebih dua minit itu, individu yang dikenali sebagai @BUGATTI mempersoalkan kenyataan Uqasha mengenai status kes sebelum ini telahpun ditutup selain meminta aktres itu bertenang.

“Saya nak tanya awak, kenapa awak cakap ‘Awak pasti kes tersebut dah ditutup?”

“Memang saya palatao pun… you chill je jangan nak marah-marah. Benda ni kena chill lah babe. Kenapa you nak kena melantun… you chill je,” katanya.

@xtra_my Replying to @kartienyslamat Semoga isu ini dapat diselesaikan segera #fyp #xtramy #uqashasenrose #buli #kawan #sekolah #meninggaldunia #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA

 

Selain itu, individu tersebut juga memaklumkan punca sebenar rakannya itu meninggal dunia adalah disebabkan penyakit auto immune dan buli siber yang diterima daripada peminat Uqasha.

“Kawan saya yang meninggal kena penyakit auto immune, your fans siber buli dia and everything,” jelasnya.

@xtra_my Kalau tak ada maklumat yang sahih, better jangan timbulkan kontroversi🤦🏻‍♀️🔥 #fyp #xtramy #uqashasenrose #buli #kawan #sekolah #meninggaldunia #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA

 

Tidak gentar berdepan dengan tindakan mahkamah, individu tersebut juga mendedahkan arwah sebenarnya mahu berjumpa secara empat mata, namun Uqasha menolak dan mahu arwah membuat permohonan maaf secara terbuka selain membayar RM200,000.

“Dia nak jumpa awak tapi awak yang nak RM200,000 dan permohonan maaf secara terbuka. It’s okay, macam awak cakap kata nak jumpa saya dan peguam … okay will do. Let’s put a date and time… let’s go with it.

“Bagi saya, saya kehilangan kawan saya. At least she pass away fighting for whole her life that’s all matters. Kenapa saya cakap dekat Padang Mahsyar sebab di penghujung nanti kebenaran akan terbukti di sana. Itu sahaja. 

“Macam awak cakap sabar itu indah. Jadi sama-samalah kita bersabar. Macam awak, saya pun ada limit kesabaran. Saya faham awak, saya hanya kata ‘semoga awak berbahagia’… did i say anything bad?,” jelasnya.

Terdahulu, kontroversi ini vmula menjadi perhatian selepas individu berkenaan membuat ciapan secara sarkastik di platform X miliknya.

 

ARTIKEL BERKAITAN:Rakan Dakwa Wanita Jadi Mangsa Buli Uqasha Senrose Meninggal Dunia? Ini Respons Tuan Badan

ARTIKEL BERKAITAN:Nelydia Senrose Terkesan Uqasha Senrose Dilabel Pembuli – “Nama Jadi Sebutan Tapi Dia Tak Suka Pergi Sekolah Sebab…”

ARTIKEL BERKAITAN:Individu Sebar Aib Gelar Uqasha Senrose Gangster & Pembuli Tampil Buat Permohonan Maaf – “Saya Pernah Gaduh Dengan Adik Dia…”

ARTIKEL BERKAITAN:“Buktikan Awak Bukan Lagi…” – Individu Dakwa Uqasha Senrose Pembuli Mahu Selesai Cara Baik?

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Pembuli? Bekas Guru & Rakan Sekolah Tampil ‘Back Up’ Uqasha Senrose

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] ”Kenyataan Itu Sebagai Satu Fitnah Melampau!” – Uqasha Senrose Gesa Individu Mengaku Jadi Mangsa Buli Segera Tunjuk Bukti

 

Kredit Foto: X

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 12 Dec 2024

Insiden Bendera Malaysia Dipasang Secara Terbalik, Penaja Lee Zii Jia Mohon Maaf

Victor Malaysia tidak berniat untuk menimbulkan kontrovesi.

Featured Wed, 24 Dec 2025

“Saya, Isteri & Anak Tak Pernah Kacau Orang, Tapi Orang Selalu Cari Masalah.. Lepastu Buat Video Minta Maaf, Kepala B*na Kau!”- Aaron Aziz

Aaron menegaskan, dia, isteri dan anak-anak tidak pernah mengganggu sesiapa, namun tetap menjadi sasaran provokasi orang luar.

Hiburan Tue, 16 Oct 2018

TAHNIAH! Ameer Forteen Umum Kahwin Mac Tahun Depan

Dia menegur saya buat kali pertama di laman Instagram, bertanyakan judul lagu saya nyanyikan dalam video yang dimuat naik di situ.

Hiburan Fri, 27 Dec 2019

Joked About Being Single, Neelofa Caught On Camera Glaring At Nabil

Maybe the joke was a bit too sensitive for her?

Hiburan Tue, 1 Jan 2019

Dikritik Netizen Sebab Seksi, Apa Komen Ernie Zakri?

Hurm… ada-ada je tau netizen ni.

Hiburan Mon, 2 Mar 2026

Hasilkan Lagu Bersama Bapa, Layla Sania Kukuhkan Kedudukan Dalam Kalangan Komuniti Penutur Mandarin

Layla Sania kukuhkan kedudukan dalam kalangan komuniti penutur Mandarin.

Featured Fri, 24 May 2024

Kongsi Video Berdua, Netizen Usik Puteri Sarah & Andi Arsyil – “Kalau Korang Kahwin Memang Sweet”

Oh, tambah gula ek! Patutlah sweet tengok dua-dua gelak macam tu❤️❤️❤️

Hiburan Sat, 2 Nov 2019
error: Content is protected !!