Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 3, 2023 @ 2:00pm

Rakan Dakwa Wanita Jadi Mangsa Buli Uqasha Senrose Meninggal Dunia? Ini Respons Tuan Badan

Nama pelakon Uqasha Senrose kembali hangat diperkatakan selepas seorang individu didakwa rakan kepada wanita yang pernah menjadi mangsa buli aktres itu telahpun meninggal dunia.

Perkara itu tular selepas rakan kepada mangsa memaklumkan mengenai itu menerusi beberapa ciapan yang dibuat di platform X sejak Khamis.

Malah, menerusi hantaran tersebput juga individu berkenaan berharap dan mendoakan agar pelakon Tundukkan Playboy Itu menerima pembalasan di Padang Mahsyar.

“Aku harap Uqasha happy lah buat kawan aku macam tu. Kali ni tuntut di Padang Mahsyar is real.

“Ajal jodohdi tangan Allah. Tapi arwah Atikah Zawani pun dah tak ada. Kau orang nak context ke  apa pergi buat research sendiri.

“Semoga Uqasha berbahagia di dunia. Court case nak tuntut juta-juta tak dapat? Sebab Allah itu maha adil,” katanya.

 

Tidak berdiam diri dengan spekulasi tersebut, aktres itu bagaimanapun tampil menjawab tuduhan tersebut.

Menurut Uqasha atau nama penuhnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 31, dia tidak mempunyai sebarang halangan untuk berjumpa secara empat mata dengan keluarga arwah bagi menyelesaikan masalah tersebut.

“Sudah lama saya berdiam pasal hal ini kerana saya biarkan peguam saya buat kerja. 

“Bagi saya tiada apa lagi yang perlu saya komen. Arwah pun dah meninggal dan saya pun tak tahu kenapa mereka marahkan saya.

“Saya boleh sahaja berjumpa dengan pihak keluarga, malah sebelum ini juga saya mahu berbuat demikian tetapi arwah bertegas tidak mahu.

“Dan arwah juga tidak hadirkan diri di mahkamah untuk memebela diri sebelum ini atas sebab apa saya tak pasti,” jelasnya.

Terdahulu, perkara ini mula menjadi bualan hangat netizen selepas individu terbabit mengaku dan mendedahkan beberapa foto miliknya dia pernah menjadi mangsa buli aktres tersebut.

 

ARTIKEL BERKAITAN:Nelydia Senrose Terkesan Uqasha Senrose Dilabel Pembuli – “Nama Jadi Sebutan Tapi Dia Tak Suka Pergi Sekolah Sebab…”

ARTIKEL BERKAITAN:Individu Sebar Aib Gelar Uqasha Senrose Gangster & Pembuli Tampil Buat Permohonan Maaf – “Saya Pernah Gaduh Dengan Adik Dia…”

ARTIKEL BERKAITAN:“Buktikan Awak Bukan Lagi…” – Individu Dakwa Uqasha Senrose Pembuli Mahu Selesai Cara Baik?

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Pembuli? Bekas Guru & Rakan Sekolah Tampil ‘Back Up’ Uqasha Senrose

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] ”Kenyataan Itu Sebagai Satu Fitnah Melampau!” – Uqasha Senrose Gesa Individu Mengaku Jadi Mangsa Buli Segera Tunjuk Bukti

 

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 25 Nov 2025
Featured Wed, 2 Nov 2022
Trending Tue, 2 Jan 2018

Leka Dengan Telefon Bimbit, Hilang Kaki Kanan

Seorang wanita di China terpaksa menanggung derita apabila kehilangan kaki kanannya akibat tersepit dengan pintu lif yang rosak.   Rakaman CCTV lif tersebut menunjukkan seorang perempuan berambut pendek sedang leka melihat telefon bimbitnya dan tidak […]

Hiburan Mon, 6 Nov 2023

Cepat Penat, Mahu Sentiasa Baring, Azharina Dihantui Penyakit Misteri

Penyakit apa pulak tu😱😨 Semoga Azharina diberi kesembuhan segera Amin🤲🏻

Featured Fri, 24 Sep 2021

Boleh Balik Kampung Dalam Masa 2-3 Minggu Lagi

Semalam, Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Seri Ismail Yaakob mengumumkan kerajaan akan membenarkan rentas negeri apabila kadar vaksinasi negara mencapai 90% populasi dewasa. Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan pembukaan semula beberapa pusat pelancongan terkemuka. […]

Hiburan Mon, 26 Jun 2023
Hiburan Tue, 3 Dec 2019

Syamel Bengang Dicurangi?

Bila cinta didusta…

Hiburan Thu, 11 May 2023
error: Content is protected !!