Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 25, 2025 @ 7:13pm

“Dia Suka Bagi Pickup-Line” – Tertarik Dengan Senyuman, Ibu Shila Amzah Dedah Detik Jatuh Hati Dengan Suami Baru

Ibu kepada penyanyi, Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman mengakui hatinya terbuka untuk menerima jodoh baharu selepas terpikat dengan senyuman dan sikap romantis suaminya, Brigedar Jeneral Zainal Abidin Muhammad Salleh, yang juga gemar memberi ‘pickup-line’ sejak pertemuan pertama.

Ketika ditemui media, Fauziah berkata perkenalan mereka bukan berlaku secara kebetulan, sebaliknya diatur sepenuhnya oleh selebriti, Serina Redzuawan.

Fauziah turut mengakui suaminya memberi ‘rasa berbeza’ sejak kali pertama bertentang mata pada 2 Jun lalu, malah, tidak mengambil masa yang lama, Zainal terus meluahkan hasrat untuk membawa hubungan ke arah yang lebih serius.

“Jumpa 2 Jun… sebulan lepas itu terus ajak kahwin. Biasanya bila orang kenalkan, sekali jumpa pun saya dah tahu tak jadi. Tapi dengan dia… lain. Jumpa sekali, rasa nak jumpa lagi. Mungkin ketika itu pun hati tengah kosong.

“Tersuka pula ketika itu. Dalam kata tak nak, tak nak, tiba-tiba dia datang, kita terima. Macam itulah. Dia suka bagi ‘pickup-line,” katanya tersipu malu.

Fauziah berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran album terbaharu Shila Amzah, SA25 di Damansara Performing Arts Centre (DPAC), Petaling Jaya, pada Selasa.

Sementara itu, suaminya yang berusia 55 tahun berkata perasaan selesa terpancar sebaik diperkenalkan oleh Serina, meskipun pada awalnya dia tidak diberi tahu siapa wanita yang bakal ditemuinya itu.

“Serina bagi gambar saja. Saya memang tak tahu tentang kisah artis. Bila pertama kali jumpa, rasa selesa. Sepanjang lapan tahun hidup solo, ramai orang kawan-kawan kenalkan… tapi lain dengan dia. Mungkin Allah yang permudahkan semuanya,” katanya.

Dalam pada itu, Fauziah berkata anak-anaknya menerima keputusan itu dengan hati terbuka kerana melihat kebahagiaan ibunya.

“Semua okey walaupun dia orang tak jumpa. Anak-anak saya kata, ‘nampak Mak happy pun dia orang dah rasa happy dia kata. Maknanya dia orang yang baiklah macam tu… sebab berjaya buat Mak happy’,” katanya.

Dalam masa sama, Zainal yang mempunyai tiga cahaya mata ini juga memastikan anak-anaknya berjumpa dengan Fauziah terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk berkahwin.

“Saya tak nak kami saja bahagia. Kalau anak tak setuju, tak guna. Jadi bila anak boleh setuju, adik-beradik saya lebih suka dia daripada saya (selorohnya). Alhamdulillah anak pun serasi, keluarga pun suka,” katanya.

Ditanya sama ada tempoh singkat membuatkan mereka ragu, Fauziah yakin setiap hubungan datang dengan cara tersendiri.

“Sebenarnya lama mana pun kita hidup dengan seseorang, kita tetap tak kenal dia sepenuhnya. Pada saya, kuncinya menerima baik buruk bersama. Bercinta lepas kahwin… percintaan orang matang,” katanya.

Imbas kembali, Fauziah dan Zainal mendirikan rumah tangga pada 22 November 2025 dalam satu majlis.

Untuk rekod, Fauziah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Datuk ND Lala pada tahun 1989 dan bercerai selepas 34 tahun berkahwin.

Selain Shila, mereka juga dikurniakan tiga orang cahaya mata lain iaitu Amir Syafiq, Amir Syahir dan Syada.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 3 Jan 2020

TWICE Momo Dan SUPER JUNIOR Heechul Disahkan Sedang Hangat Bercinta!

ONCE dan E.L.F approve tak hubungan mereka?

Hiburan Fri, 4 Oct 2019

Vivy Yusof Kerja Keras Untuk dUCk ke-5!

Bak kata pepatah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Tak gitu!

Hiburan Mon, 16 Dec 2019
Featured Wed, 17 Jul 2024
Hiburan Fri, 5 Aug 2022

Amir Masdi Dapat Restu Ella Nyanyikan Semula Sepi Sekuntum Mawar Merah

Wah Ella pun dah bagi restu rakaman semula lagu ni. Mesti best kan? Jangan lupa untuk dengarkan!

Hiburan Wed, 3 Oct 2018

#ABPBH31: Khai Bahar Teringin Menang Kategori Sama Lagi

Nama tercalon sekali lagi dalam Penyanyi Lelaki Popular pun sudah membuatkan saya gembira. Alhamdulillah…

Hiburan Thu, 2 Jan 2020

Selamat Timang Anak Keempat, Tahniah Buat Yatt Hamzah!

Tak sabar nak tengok Yatt Junior..

Hiburan Wed, 31 Jul 2024

Harith Iskander Nafi Curang Dengan Model Nadira Isaac – “Ada Orang Nak Ambil Kesempatan”

Segala spekulasi telah terjawab. Semoga tak ada gosip yang bukan bukan lagi ek

error: Content is protected !!