Euforia Bola 2026
Trending By: Padin August 11, 2024 @ 2:22pm

Hadiahkan Anak Rantai Emas, Andika Putera Capai Kata Sepakat Dengan Bekas Isteri… Turut Sangkal Tuduhan Simpan Video Bog*l

Pempengaruh dan usahawan, Andika Putera memilih untuk bekerjasama dengan bekas isteri, Ananda Natasha dalam hal pengurusan anak selepas bercerai pada Disember tahun lalu.

Demi memastikan anak mereka, Alisha Puteri dapat dibesarkan dengan baik dan dalam suasana harmoni, Andika menjalin empat kesepakatan bersama Natasha merangkumi hak penjagaan, lawatan dan kebajikan Alisha supaya masing-masing dapat memberi fokus terhadap tumbesaran cahaya mata perempuan mereka itu.

Pertemuan Andika semalam bersama Alisha yang berada dalam giliran penjagaan ibunya, Natasha, turut menggamit kesayuan ketika Andika menghadiah hadiah hari jadi seutas rantai emas “I Love Papa” kepada anak kecil tersebut.

Andika juga ingin memakaikan cermin mata baharu kepada Alisha kerana cermin mata Alisha sebelum ini perlu ditukar disebabkan pertambahan kuasa (power) cermin mata yang mana penglihatan Alisha sebelum ini kabur sementara menunggu cermin mata baharu disiapkan.

Seperti tradisi sebelum ini, Andika ingin Alisha dapat melihat papa dan mama Alisha berada di hadapan Alisha sewaktu pemakaian cermin mata tersebut dan pandangan Alisha sudah tidak kabur lagi.

Daripada hasil pertemuan Andika dan Natasha, ada beberapa kerjasama yang telah dipersetujui dengan baik.

“Hak asuh anak terhadap Alisha akan diperhalusi dan diselesaikan dengan baik untuk kebahagiaan Alisha. Masing-masing akan fokus penjagaan Alisha secara adil dan bergilir-gilir, seminggu dengan Natasha dan selepas itu, seminggu dengan Andika.

“Perjanjian sebelum cerai yang fokus kepada penyediaan pembantu pengasuh kepada
Natasha untuk hal ehwal kebajikan Alisha serta nafkah, yang mencukupi diteruskan seperti sedia-kala.

“Mutaah pula adalah selepas daripada keputusan yang akan ditentukan daripada mahkamah syariah,” jelas Andika menerusi kenyataan yang dimuat naik di Instagram.

Pada masa sama, Andika menjelaskan, dia sudah mengadakan pertemuan dengan Natasha bagi membincangkan mengenai perkara itu secara harmoni.

“Natasha dan saya sendiri dah berjumpa depan-depan dengan cara yang harmoni ” jelas Andika.

Sebelum ini, Andika menafikan dirinya pernah berlaku curang ketika masih bergelar suami kepada Natasha.

Andika bercerai dengan Natasha pada tahun 2022 atas faktor tiada persefahaman, namun rujuk semula demi kebaikan anak, Alisha sebelum mengambil keputusan bercerai semula pada Disember tahun lalu.

Andika sebelum ini turut menegaskan, tuduhan berlaku curang adalah fitnah yang sangat besar, lebih-lebih lagi dikaitkan dengan seorang wanita yang sudah berkahwin.

Sementara itu, Andika turut menafikan mempunyai video bogel termasuk menepis dakwaan mahu menyebarkan video intim dirinya bersama Natasha selepas berlaku perselisihan faham sebelum ini.

“Saya ingin menegaskan tiada video mahupun gambar terlarang atau sensitif dalam simpanan saya dan ia tidak pernah wujud pun,” tegasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 28 Sep 2022
Hiburan Thu, 27 Jul 2023
Events Sat, 26 Nov 2022
Featured Wed, 31 Mar 2021

“Rindu Itu Tak Pernah Padam” – Genap 30 Tahun Kerjaya, Datuk Nora Tampil Kembali Dengan Naluri..

Siapa tidak mengenali Datuk Nora Ariffin. Suaranya yang lunak lagi lembut dalam mengalunkan lagu genre pop, balada dan R & B pasti menawan halwa telinga ramai pendengar. Setelah genap 30 tahun perjalanan kerjaya seni Nora, […]

Hiburan Wed, 9 Oct 2019
Hiburan Wed, 21 Jun 2023

[VIDEO] Kontroversi Anak Seksi, Azhar Sulaiman Tak Nak Panjangkan Isu – “Dia Famous Atas Sebab Yang…”

Rugi masa semua orang… Forgive and forget untuk semua perkara negatif – Azhar Sulaiman

Featured Thu, 3 Nov 2022

Luar Biasa… Konsert Rossa 25 Shining Years ‘Full House’, Pertama Kali Suntik Konsep EDM Berjaya ‘Pukau’ Peminat!

Epik sangat konsep EDM lagu Pudar & Hey Ladies! Min loveee! Karen banget Konsert Rossa 25 Shinning Years! Semoga ketemu lagi ya Teh Oca ❤️❤️

Featured Thu, 9 Jun 2022

Azri Iskandar Rancang Nikah Bulan Ini, Kenal Bakal Isteri Selepas 12 Hari Cerai – “Saya Nak Move On & Tak Nak Buang Masa..”

Kalau dah jodoh baru kenal pun boleh terus kahwin, tapi cepat betul eh Azri Iskandar move on? 👀

Events Sun, 23 Sep 2018

#ABPBH31: Senarai Top 5 Hanya Diumum Pada Malam Anugerah

Kami merasakan mekanisma undian terbaru ini lebih baik kerana ia memberi ruang pada peminat untuk terus mengundi, lebih-lebih lagi kepada mereka yang suka mengundi pada saat akhir.

Events Tue, 25 Mar 2025

Blood Brothers Gegar Absolut Bazaar, Peminat Teruja Bertemu Barisan Pelakon Popular

Sharnaaz terharu melihat sokongan luar biasa peminat terhadap filem ini,

error: Content is protected !!