Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 13, 2026 @ 1:30pm

“Kalau Di Kuala Lumpur Ada Isabella, Kalau Di Jakarta Ada Cinderella” – Ian Kasela Impi Duet Bersama Amy Search

Kumpulan popular Indonesia, Radja menyifatkan pemilihan Malaysia sebagai lokasi sambutan ulang tahun ke-25 mereka bukanlah keputusan yang dibuat secara terburu-buru, sebaliknya hadir bersama perancangan besar buat peminat di dua negara.

Kata Ian selaku vokalis Radja, dia berhasrat mahu berkongsi pentas bersama legenda rock Malaysia, Amy Search sempena konsert berkenaan.

Menurutnya, lagu popular seperti Cinderella milik Radja dan Isabella nyanyian kumpulan Search mempunyai aura tersendiri dan sangat dekat dengan peminat di dua buah negara berkenaan. 

“Kalau saya peribadi, mungkin daripada artis senior. Tidak boleh dinafikan, kalau Radja ada lagu ‘Cinderella’, Kuala Lumpur ada ‘Isabella’.

“Itu harapan saya, mungkin dapat berkolaborasi dengan Amy Search di atas pentas nanti. Bagi saya itu adalah ‘kado’ (hadiah) buat mereka sempena dua dekad berada dalam industri,” kepada XTRA.

Dalam perkembangan lain, Ian bersama dua anggota Radja lain iaitu, Moldy dan Ojie bersedia memberikan persembahan ‘all-out’ buat peminat mereka apabila bakal membawakan lebih 35 lagu hits mereka sepanjang konsert berlangsung.

“Untuk jumlah lagu, kami masih menyusun koordinasi, tetapi yang pasti kami akan ‘all-out’.

“Mungkin lebih 35 lagu? Kenapa tidak? Semua lagu-lagu hits Radja akan kami persembahkan,” jelasnya.

Sekadar info, Radja bakal tampil dengan Konsert Revolusi Ke-25 tahun kumpulan itu yang di adakan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil pada 11 Julai depan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 25 Jan 2018

110公斤胖美人渡边直美「女孩都有值得欣赏的美」

有一种自信,叫渡边直美!这位来自日本最红的女谐星,从不会受到自己的体重和外形而感到自卑,因为她知道“自信就是美丽!”

Drama Sat, 8 Mar 2025

Adi Putra Bawa Watak Paling Menyakitkan? Amyra Rosli Terpaksa Menanggung Derita!

Sekam Di Dada, sebuah drama yang bakal menggegarkan emosi penonton di slot Samarinda TV3, bermula 11 Mac 2025

Trending Thu, 7 Jan 2021

Barisan Hadapan Tertekan, Pakar Kesihatan Rayu Agong Henti PRU15

Kesihatan rakyat adalah yang paling utama

Featured Sun, 12 Feb 2023
Hiburan Sat, 9 Mar 2019
Hiburan Fri, 5 Jan 2024
error: Content is protected !!