Euforia Bola 2026
familuv By: Ad Ops April 24, 2020 @ 8:00pm

Jangan kasar tegur kesilapan pasangan, takut ada yang kecil hati dan memberontak

Setiap manusia memang tidak lari daripada melakukan kesilapan, begitu juga dalam perhubungan suami isteri. Islam sendiri mengajar umatnya untuk saling tegur-menegur agar dapat menyedari kesilapan yang dilakukan, justeru tidak salah untuk menegur kesilapan pasangan.

adab menegur suami isteri

Kredit gambar: Khaleej Times

Bagaimanapun, teguran itu perlulah dilakukan secara berhemah atau berdiplomasi kerana jika ditegur secara kasar, bimbang pasangan akan kecil hati, merajuk atau lebih teruk lagi memberontak.

Berikut adalah cara yang betul untuk menegur atau menasihati pasangan yang dikongsi di laman sesawang Kementerian Hal Ehwal Agama Brunei Darussalam.

1. Pastikan diri dalam keadaan tenang dan bukannya dalam keadaan marah serta emosi sehingga mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya ketika menegur pasangan kerana semua itu tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya akan mengeruhkan lagi keadaan.

adab menegur suami isteri

Kredit gambar: 123RF.com

2. Berilah nasihat dan teguran dengan bahasa dan suara yang lembut. Janganlah sesekali menasihati dan menegur dengan suara yang tinggi serta menggunakan bahasa yang angkuh dan seumpamanya kerana kita menasihati dan menegur bukan untuk mendedahkan aib pasangan.

3. Elakkanlah menegur kesilapan pasangan di hadapan orang ramai. Seeloknya, nasihat dan tegurlah ketika sedang bersendirian atau ketika berada di tempat yang tertutup.

4. Berilah nasihat dan teguran dengan menggunakan perkataan-perkataan yang baik dan bermanfaat agar tidak menyinggung perasaan pasangan. Berhati-hati dalam memilih perkataan yang sesuai agar pasangan tidak merasa terhina dan rendah diri.

adab menegur suami isteri

Kredit gambar: About Islam

5. Berilah nasihat dengan akal fikiran dan hati, bukannya dengan emosi.

6. Sebaiknya, minta maaf selepas membuat teguran kerana tujuan meminta maaf adalah untuk memujuk perasaan pasangan supaya jangan terasa hati di atas nasihat dan teguran yang diberikan.

7. Nasihat dan tegurlah pasangan sebagaimana kita inginkan diri kita ditegur atau dinasihati.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Wed, 20 Nov 2019

Ini cara tetapkan Netflix supaya selamat ditonton oleh si kecil

Lindungi anak daripada kandungan yang tidak sesuai untuknya.

Featured Thu, 12 Jan 2023

Bakal Diadakan 25 Februari Ini, Pretty Ugly 21 Anniversary Hadiah Buat Peminat

Kugiran psychedelic rock, Pretty Ugly bakal menemui peminatnya di Konsert Pretty Ugly 21 Anniversary pada 25 Februari 2023 di The Paddock PJ, Kelana Jaya. Konsert ini bertujuan meraikan ulang tahun yang ke-21 Pretty Ugly sepanjang […]

Featured Sun, 26 Apr 2020
Featured Fri, 1 Jul 2022

“Selama Ini Saya Menangis Dekat Awak..” – Neelofa Tempat Luahan Hati Puteri Sarah, Banyak Kongsi Doa & Nasihat 

Neelofa memuji keperibadian Puteri Sarah yang masih menjaga aib suami meski sakit menanggung derita 😭

Featured Tue, 24 Sep 2024

Lana Nodin Mengaku Suami Diganggu Lelaki Songsang?

MasyaAllah, bertuahnya Lana!❤️

Featured Mon, 27 May 2024
Featured Fri, 14 Oct 2022
error: Content is protected !!