Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi January 10, 2023 @ 2:19pm

“Saya Hanya Manusia Biasa” – Aliff Aziz Jawab Isu Bersentuhan Dengan Pelakon Wanita, Akui Lebih Tenang Hadapi Kecaman

Baru-baru ini heboh kontroversi yang mengaitkan nama pelakon Aliff Aziz yang dikecam selepas tular adegan lakonan yang memaparkan dia bersentuhan dengan seorang pelakon wanita.

Memetik laporan Melodi, Aliff tampil memberi penjelasan mengenai kontroversi tersebut dengan mengatakan dia cuma manusia biasa yang tak lari dari kesilapan.

“Aliff hanya manusia biasa yang cuba perbaiki diri hari demi hari semampu Aliff. Aliff mohon untuk doakan kebaikan Aliff dan semua yang terlibat dalam pengambaran.

“Sebenarnya netizen atau penonton ni mereka peduli. Aliff terima segala komen baik mahupun buruk dengan hati yang terbuka dengan berlapang dada kerana Aliff ambil yang positif.

“Kadangkala ada juga yang komen yang tak perlu tu semua tapi pada Aliff everyone is titled to their opinion. Sedikit sebanyak saya ambil yang positif untuk Aliff cuba memperbaiki diri, jaga apa yang patut dijaga, disamping kita nak berkarya, kita perlu reminder.

“Terima kasih pada yang mengingatkan, sometime is much needed reminder,” jelasnya.

Aliff mengakui berasa syukur apabila ramai peminat yang mendoakan perubahannya kini.

“Aliff ucap syukur Alhamdulillah kerana dapat sokongan dan doa-doa ini. Ini semua doa dari Umi Ayah Aliff, doa keluarga, orang ramai di luar sana, tak semua orang doakan kita keburukan. Cuma Aliff ni bukanlah baik, secara jujurnya saya rasa saya masih banyak yang peru diperbaiki.

“Kita ni kalau orang nampak kita baik, sebab Allah tutup aib. Kita ni kalau Allah nak buka aib kita, saya rasa anda pun tak mahu temu saya.

“Alhamdulillah ini semua kurniaan daripada Allah dan Aliff sangat berhajat kepada semua untuk terus mendoakan saya yang baik-baik untuk Aliff, keluarga dan juga semua orang.

“Saya hanya manusia biasa, masih banyak lagi yang perlu diperbaiki,” ujarnya.

Biarpun sering terpalit dengan kontroversi, Aliff berkata, dia kini berasa tenang dalam menghadapi apa jua cabaran yang mendatang

“Alhamdulillah, sekarang Aliff boleh katakan rasa ketenangan yang mungkin dulu saya tak dapat dekat tempat lain, setiap hari kita kena struggle dengan diri sendiri untuk be better, apa yang kita nak open orang punya nasihat. Pada masa sama kita kena nilai apa patut kita buat untuk masa depan nanti.

“Ada saja cabaran dalam kehidupan, biasalah kita manusia, bukan kata hijrah itu Allah akan mudah, sebenarnya bila kita cuba buat benda kebaikan ni, lagi banyak ujian yang datang.

“Saya hadapi dengan hati yang lapang. Ini semua sementara,” kongsi Aliff.

Kini mengambil pendekatan untuk lebih berdiam diri jika dihambat kontroversi, Aliff akui pengalaman terdahulu memtangkan dirinya.

“Usia dan masa ini beri kita pengalaman dan mematangkan. Dulu darah muda, padahal kita tahu kalau kita berdiam diri lebih baik. Tapi disebabkan darah muda, saya nak cakap pada waktu itu.

“Tetapi sekarang ini saya rasa, kita duduk dan take a pause, kita muhasabah diri dan kita akan jadi lebih rasional dan akan nampak masalah itu keseluruhan, apa yang kita boleh buat, apa yang lebih baik untuk saya cakap.

“Benda itu has work wonders untuk Aliff, Insya-Allah Aliff akan teruskan macam inilah,” tutupnya.

Sumber: Melodi TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 12 May 2018

Kendall Jenner Dikecam?

Kendall turut berkongsikan gambarnya itu di laman Instagram beserta kapsyen, ‘Opps’ kepada lebih 90 juta pengikutnya.

Hiburan Sun, 2 Jul 2023

Ibu Mertua Noor Nabila Meninggal Dunia

Al-Fatihah 🤲🏻😌

Featured Fri, 31 Aug 2018
Trending Mon, 22 Aug 2022

“Muka Mommy Dia” – Genap Sebulan, Ayie Floor 88 Kongsi Wajah Puteri Sulung

Menyambut kelahiran puteri sulung pada bulan lalu, Vokalis kumpulan Floor 88, Ayie dan isteri kini berkongsi wajah anak pertama selepas sebulan dilahirkan. Menerusi perkongsian di laman Instagram, bayi sulung itu diberi nama Nayla Amanda Binti […]

Hiburan Mon, 26 Nov 2018

Biadap Dengan Ibu, Shiha Zikir Bengang Dengan Siapa Di Instagram?

Shiha Zikir berang apabila ada seorang wanita bersikap biadap terhadap dia dan ibunya.

Trending Sat, 22 Sep 2018

Caj Sirap Sampai RM18, KPDNKK Serbu Restoran Asam Pedas

Baru-baru ini tular apabila seorang pengguna Twitter menyebarkan gambar beserta resit air sirap yang dikenakan caj sebanyak RM18 untuk satu jag di sebuah premis makanan di Melaka Tengah.  Susulan kes ini, Kementerian Perdangan Dalam Negeri […]

Hiburan Thu, 15 Feb 2024
error: Content is protected !!