Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 2, 2022 @ 1:20pm

“Saya Ada Keyakinan & Saya Tidak Takut!”- Yakin Tidak Bersalah, Amelia Henderson Mahu Terus Lawan A Aida

Selepas penerbit popular, Datuk A Aida dan pelakon Idris Khan mengambil keputusan untuk menyelesaikan kes saman secara baik di luar mahkamah pada Rabu, pelakon Amelia Henderson tetap dengan keputusannya untuk meneruskan perbicaraan.

Menurut Amelia, dia tidak memilih untuk menyelesaikan kes saman yang dikemukakan A Aida secara baik pada hari pertama perbicaraan di Mahkamah Sesyen kerana, dia yakin berada di pihak yang benar.

“Saya ada keyakinan. Saya rasa tidak bersalah, jadi saya tidak takut. Saya yakin dengan peguam saya dan yakin dengan kes saya,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, Amelia atau nama penuhnya, Amelia Thripura Henderson, 27, menyifatkan, keputusan Idris Khan untuk menyelesaikan kes tersebut di luar mahkamah harus dihormati kerana itu adalah  hak dan pilihan masing-masing.

“Saya ok. Saya selalu sokong keputusan kawan saya dan dia ada hak untuk membuat keputusan untuk dirinya,” jelasnya.

Pada prosiding hari pertama perbicaraan, Amelia kekal dengan keputusan untuk meneruskan perbicaraan.

Sebelum itu, media melaporkan kes saman membabitkan penerbit sensasi, A Aida bersama Idris berakhir dengan damai apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah.

Keputusan itu dibuat selepas A Aida selaku plaintif menarik balik saman terhadap Idris ketika perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Zulqarnain Hassan.

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Langgar Kontrak, A Aida & Idris Khan Setuju Selesai Kes Luar Mahkamah

 

Bagaimanpun, Idris diperintahkan untuk memulangkan semulawang pendahuluan membintangi drama tersebut yang diterimanya sebelum ini berjumlah RM3, 780 kepada A Aida selain tidak boleh membuat saman malu kepada penerbit itu.

Bahkan, mahkamah memerintahkan defendan membayar ganti rugi tersebut sebelum penghujung November 2022.

Terdahulu, Amelia dan Idris berdepan tindakan saman daripada A Aida kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian sebuah drama seperti yang sudah ditandatangani sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN:Idris Khan & Amelia Henderson Ke Mahkamah November Ini

ARTIKEL BERKAITAN:Bakal Disaman A.Aida Akibat Langgar Kontrak, Idris Khan Mohon Tunggu Kenyataan Rasmi

ARTIKEL BERKAITAN:“Melampau! Nama Mereka Mula Meletup Sebab Drama Saya!” – Tarik Diri Saat Akhir, A.Aida Saman Amelia Henderson & Idris Khan

 

Sumber: Harian Metro, Mstar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 11 Oct 2018

Dora to Explore Resorts World Genting Soon!

Are you ready to shout “Swiper no swiping!”?

Trending Mon, 3 Nov 2025

Nadzmi Adhwa Minta Tips ‘Handle’ Baran, Netizen Kongsi Cara Tenangkan Diri – “Istighfar & Dalami Al-Quran”

Nadzmi Adhwa secara terbuka tampil meminta pandangan dan nasihat daripada pengikutnya di media sosial mengenai cara terbaik untuk mengawal sifat baran dalam diri.

Trending Sun, 18 Feb 2018

ITALIAN TOWN SELLS HOUSES FOR RM4 TO PREVENT POPULATION PLUMMET

There are 200 houses for sale at only RM4 each!

TECH Mon, 3 Dec 2018

Cara Mengatasi Google Play Store Error

kalau anda ada masalah google play store error boleh mencuba tips ini

Trending Sat, 2 May 2020
Hiburan Sun, 14 Dec 2025
Hiburan Thu, 7 Mar 2019

Ernie Zakri Dah Move On!

Move on ye dik?

Featured Fri, 9 Feb 2024

[VIDEO] DSV Geram Marissa Jadi Penyondol, Dakwa Aslam Tak Ada Duit – “Muka Comel Tapi Otak Dekat Lutut Ke?”

Geram betul DSV ek! Tapi siap doakan moga urusan ibu bapa Marissa dipermudahkan🙄😥

Filem Wed, 20 May 2026

Remy Ishak Lebih Peka Soal Kesihatan – “Kalau Tiba-Tiba Jatuh Sakit, Siapa Nak Jaga Keluarga?”

Remy Ishak mengakui faktor usia membuatkan dirinya kini lebih peka terhadap soal kesihatan dan gaya hidup selepas pernah mengalami masalah akibat kurang rehat serta terlalu memaksa diri bekerja.

error: Content is protected !!